Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2010

Bertindak pantas lapor bencana - Zaidi


Caption: SERIUS...Zaidi (kanan) sedang menyampaikan amanatnya ketika berucap merasmikan Program Taklimat Pengurusan Bencana di sini.


SRI AMAN, Khamis (2 Dis) – Orang ramai perlu bertindak pantas melaporkan sebarang kejadian bencana yang berlaku di kawasan mereka terhadap pihak Pejabat Residen Bahagian Sri Aman selepas ini.

Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi berkata ia laporan ini akan membolehkan pihaknya bertindak pantas untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa ketika bencana berkenaan sedang berlaku di kawasan mereka.

“Lebih mengecewakan ialah terdapat sebilangan penduduk yang bertindak melaporkan kejadian bencana di kawasan masing-masing selepas satu atau dua bulan kejadian itu berlaku.

“Ingin saya ingatkan di sini ialah pihak kita hanya menghulurkan bantuan kepada mangsa ketika berlakunya bencana di kawasan mereka dan bukannya selepas berlaku bencana itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Taklimat Pengurusan Bencana anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Bahagian Sri Aman bertempat di sebuah hotel tempatan di Bandar Sri Aman pada petang Selasa lepas.

Selain itu Zaidi juga mahu ketua kaum memikul lebih tanggungjawab dalam melaporkan sebarang kejadian bencana yang berlaku di kawasan penempatan masing-masing terhadap pihak pejabat residen selepas ini.

“Ia penting agar usaha menangani kejadian bencana di kawasan penduduk Sri Aman dapat dilakukan dengan lebih pantas dan cekap mulai sekarang. Justeru saya berharap agar ketua kaum memainkan peranan masing-masing dengan lebih bertanggungjawab selepas ini,” menurut beliau.

Terdahulu seramai 31 orang sukarelawan dan 16 orang ketua kaum dari kawasan Sri Aman menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana terbabit bermula dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Sri Aman, Rohana Ismawi, Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad serta pegawai dari Jabatan Kemajuan Masyarakat Sarawak: Suryati Yusof dan Patrick Nyuen.

Tamat.

No comments:

Post a Comment