Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 December, 2010

Aura BN masih kuat - Simoi


Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI

LINGGA, Jumaat (10 Dis) – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi (Sabah) dan DUN Galas (Kelantan) pada bulan November lepas sekaligus membuktikan bahawa pengaruh BN kembali kuat dikalangan rakyat negara ini.

Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri yakin bahawa BN Sarawak tidak akan mempunyai masalah untuk mencatat kemenangan besar di kalangan rakyat negeri ini pada pilihan raya akan datang.

“Sama ada BN masih diterima rakyat di Semenanjung sudah terjawab apabila kerajaan berjaya merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan sambil mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi di Sabah.

“Jika rakyat di Semenanjung sudah menerima kembali BN apa tidaknya pula dengan rakyat di sini (Sarawak) ? Oleh itu saya menyeru semua rakyat Sarawak khasnya di DUN Lingga untuk terus mempertahankan BN pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia ‘Komuniti Bestari Pengerak Pembangunan Minda’ di Rumah Able anak Bakar, Stumbin, Lingga petang kelmarin.

Selain itu Simoi juga melahirkan rasa kagumnya terhadap Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika berucap pada Konvensyen BN di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Ucapan beliau selama 15 minit telah disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh semua pemimpin politik dan delegasi yang berada di situ.

“Semua hadirin nyata melahirkan rasa kagum masing-masing terhadap ucapan Pehin Sri Taib mengenai dasar pembangunan dan langkah beliau menyatu-padukan rakyat berbilang kaum di Sarawak. Beliau (Taib) adalah pemimpin yang sukar dicari ganti selepas ini,” katanya.

Terdahulu Simoi telah mengumumkan peruntukan bagi tahuan 2011 bernilai RM6,000 untuk Rumah Able Bakar dan RM3,000 bagi membina jalan kecil ke rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini Bojeng, Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Pangkat Stumbin, Haji Shamshuddin Haji Seliman, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment