Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 December, 2010

Ambil langkah perlu cegah jenayah - Mat Jusoh


Caption: MENARIK...Jusoh (kiri sekali) ketika mengiringi Masir (tengah), Rahman (belakang) dan Soffian (kanan sekali) untuk menyaksikan persembahan tarian singa pada majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (21 Dis) – Rakyat dalam kawasan Sri Aman dinasihat untuk mengambil langkah perlu bagi melindungi harta benda dan keselamatan nyawa masing-masing mulai sekarang.

Ketua Polis Daerah, DSP Mat Jusoh bin Muhammad memberitahu kegagalan rakyat berbuat demikian akan memberi peluang kepada mana-mana individu atau kumpulan melakukan jenayah terhadap harta benda mereka selepas itu.

“Antara langkah perlu yang boleh diambil oleh rakyat katanya ialah melaporkan aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing kepada pihak polis, menubuhkan petugas keselamatan secara sukarela, menghidupkan lampu kediamanan rumah jika pergi bercuti dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bertempat di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat kelmarin.

Selain itu polis kata Jusoh juga telah mengambil beberapa langkah penting untuk menangani jenayah di Sri Aman antaranya ialah mengadakan dialog bersama rakyat, kempen pencegahan jenayah, penyediaan kemudahan telefon hotlink untuk tujuan aduan dan banyak lagi.

“Bagaimanapun pihak Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman nyata berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan Sri Aman bermula dari tahun 2008 hingga bulan November tahun ini hasil usaha kita dengan kerjasama orang awam.

“Justeru saya berharap agar rakyat di Sri Aman terus memikul tanggungjawab untuk membantu polis membenteras aktiviti jenayah di sini. Dengan kata lain jadikanlah jenayah sebagai musuh nombor satu dalam hidup mereka mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Jabatan Pengurusan, Ibupejabat Kontinjen Polis Sarawak, SAC Dato Ahmad Sofian Md Yassin, Residen Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Majistret Sri Aman, Zulhairil Sulaiman, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment