Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2010

Ambil langkah awal cegah kebakaran - Mong



Caption: MANFAATKAN...Mong (kiri) menyampaikan alat pemadam kebakaran kepada penerima sambil disaksikan oleh Halim (tengah) dan Karim (kanan sekali) pada majlis itu.


SRI AMAN, Selasa (7 Dis) – Penduduk terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dinasihat untuk mengambil inisiatif bagi mencegah kebakaran di bilik masing-masing selepas ini.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Pencegahan Kebakaran di Rumah Anyai, Entulang Entawa, Sri Aman baru-baru ini.


Katanya penduduk yang berhasrat mahu membina kediaman baru masing-masing kata Mong harus memastikan bahawa rekabentuk rumah panjang mereka mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh mencegah kebakaran.

Unsur ‘fire retaining wall’ misalannya jelas beliau dianggap sebagai salah satu ciri binaan yang perlu ada dalam rumah panjang masing-masing bagi mengurangkan lagi risiko kebakaran di kediaman masing-masing.

“Rekabentuk tersebut mampu mengelak api daripada cepat merebak sekiranya berlaku kebakaran. Bagaimanapun saya mengalakkan JKKK untuk memastikan setiap keluarga mempunyai alat pemadam api selepas ini,” katanya.


Justeru penduduk kata beliau perlu ada inisiatif sendiri untuk melabur sejumlah wang bagi membeli alat pemadam api termasuk menyedia kelengkapan lain seperti pili bomba dan gegelung hos (hose reel).


Terdahulu program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat itu turut diserikan dengan Ceramah Kesedaran Bahaya Kebakaran, Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api dan penyerahan alat pemadam kebakaran kepada 24 buah rumah panjang di kawasan Sri Aman.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Abang Abdul Halim Kadir dan Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman, Karim bin Mohammad.

Tamat.

No comments:

Post a Comment