Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 December, 2010

AADK, RELA dan polis laksana ops cekup org makan dadah


Caption: SERIUS...Pely (hadapan tiga kanan) bersama kakitangan AADK, polis dan RELA sebelum bermulanya operasi berkenaan.

Pix by Zulia Haji Jemat

SRI AMAN, Rabu (22 Dis) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak telah melancarkan operasi bersepadu bagi memeriksa secara rawak mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam pengambilan najis dadah di sekitar bandar Sri Aman baru-baru ini.

Operasi bersepadu yang dilancarkan oleh pihak AADK ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di Sri Aman.

Seorang jurucakap ketika ditemui memberitahu bahawa operasi bersepadu yang membabitkan tiga buah pihak ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Anti Dadah Bahagian Penguatkuasa iaitu Pely anak Robert.

“Operasi bersepadu yang membabitkan pihak AADK, RELA dan PDRM ini telah dimulakan dahulu dengan sesi taklimat bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Residen Sri Aman pada jam 7.30 malam.

“Pihak kami kemudiannya memulakan operasi bersepadu bermula jam 8 malam yang dipecahkan kepada dua buah kumpulan untuk melakukan rondaan dan pemeriksaan di sekitar Bandar Sri Aman,” katanya.

Bagaimanapun pihaknya enggan mendedahkan jumlah individu yang telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengambilan najis dadah menerusi operasi yang telah berakhir pada jam 12 tengah malam itu.

“Justeru kami menasihatkan penduduk dalam bandar Sri Aman untuk melaporkan kepada pihak kami jika mengesan mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas ini,” katanya.

Pihaknya turut menambah bahawa pihak AADK akan terus melaksanakan operasi seperti ini demi membuktikan kepada penduduk bahawa kerajaan serius menangani masalah berkenaan dari masa ke semasa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment