Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2010

Zulhairil letak jawatan Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman !!


Mugshot: MUKA BARU...Isaac Stalin

Caption: SERIUS...Zulhairil (tiga kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat bersama jawatankuasa kelab di Rumah MAKSAK Sri Aman kelmarin.


SRI AMAN, Rabu (3 Nov) – Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman bagi penggal 2009 – 2010, Zulharil Sulaiman telah meletak jawatan sebagai pengerusi kelab berkenaan bagi memberi laluan kepada muka baru berkuatkuasa mulai kelmarin (2 November).

Mesyuarat yang berlangsung di Rumak MAKSAK Sri Aman itu turut menyaksikan Ellison Lingoh (Timbalan Pengerusi), Rogayah Ali (Bendahari), Vyonnie Maclean Pugie (Setiausaha Kerja), Morgan Alban (AJK) dan penulis (Penolong Bendahari) bertindak meletak jawatan masing-masing dalam kelab berkenaan.

Perletakan jawatan berkenaan itu merupakan satu tindakan penting untuk memberi laluan kepada muka baru bagi menimba pengalaman dalam mentadbir dan menguruskan operasi kelab bagi sesi 2010 – 2011 kelak.

Dengan adanya perletakan jawatan ini, Isaac Stalin anak Simon telah diundi untuk menjadi pengerusi kelab yang baru manakala Rahmat Mohd Pakir pula mengisi jawatan Timbalan Pengerusi dan Alexis Ngilah pula mengisi jawatan Setiausaha.

Kekosongan bagi jawatan Bendahari, Penolong Bendahari, Timbalan Setiausaha dan lain-lain AJK dijangka bakal diisi dalam mesyuarat pada minggu depan sebagai persediaan untuk menghadapi Mesyuarat Agung Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman selepas ini.

Bekas pengerusi kelab, Zulhairil ketika ditemui memberitahu muka baru perlu mengantikan muka lama dalam sesebuah kelab sekiranya perkembangan operasi kelab dapat dipertingkat pada masa akan datang.

“Isaac juga telah menyatakan komitmennya untuk memajukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman. Justeru saya bersama jawatankuasa lama yang lain mendoakan kejayaan muka baru ahli kelab terbabit selepas ini,” menurut beliau.

Terdahulu barisan pertama Jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman yang diteraju oleh Zulhairil bermula 2009 – 2010 telah menyumbang kepada pembangunan Pusat Kemudahan Gimnasium Rakyat Sri Aman bagi sepanjang tempoh itu.

Barisan jawatankuasa pertama kelab ini telah menyumbang kepada jumlah peningkatan pengguna, penganjuran majlis makan malam, perolehan peruntukan bernilai RM10,000 daripada kerajaan menerusi Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, penyaluran peralatan kemudahan yang baru dan banyak lagi.

Bagaimanapun komitmen tugas juga dikenalpasti sebagai salah satu punca bagi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat penggal 2009 – 2010 untuk meletak jawatan selain daripada alasan lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment