Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 November, 2010

Tolak kehadiran pembangkang kata Harden


Caption: RASMI...Harden memotong reben sebelum melangkah ke rumah panjang Randau ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (5 Nov) – Kehadiran pihak pembangkang perlu ditolak oleh penduduk khasnya bagi mereka tinggal di kawasan luar bandar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang menjelang pilihan raya kelak.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis memberitahu kehadiran pihak pembangkang di kawasan mereka hanya berniat politik semata-mata dan bukan untuk memantau kebajikan hidup penduduk.

“Mereka akan menyatakan rasa simpati setelah meninjau keadaan pembangunan di kawasan penduduk. Selepas itu anda akan dapat lihat bahawa mereka mula memujuk penduduk untuk menyokong perjuangan mereka berhubung isu terbabit.

“Itu taktik biasa menjelang pilihan raya. Mereka menyatakan janji kosong untuk membantu penduduk menyelesaikan isu terbabit namun terus lesap apabila berakhirnya pilihan raya,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin bertempat di Rumah Sigan anak Anggeh, Randau, Undop, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan penduduk untuk terus menyokong penuh BN lebih-lebih dengan adanya saluran peruntukan pembangunan yang besar daripada Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.

‘Hadiah’ terbabit kata Harden perlu dipertahankan oleh penduduk dalam kawasan DUN Simanggang lebih-lebih dari kawasan luar bandar sekiranya mereka ingin menikmati faedah pembangunan itu pada suatu hari kelak.

“Justeru adalah amat penting untuk penduduk membuat keputusan bijak menjelang pilihan raya negeri kelak. Masa depan hidup anak cucu adalah amat penting buat diri mereka di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bagi Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment