Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 November, 2010

Tolak kehadiran pembangkang! - Harden


Caption: PENGHARGAAN...Tr Gunung (kiri) menyampaikan cenderamata berupa terabai kepada Harden (kanan) sambil disaksikan penduduk pada majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (19 Nov) – Penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang perlu menolak sepenuhnya kehadiran pihak pembangkang di kawasan masing-masing mulai sekarang kata wakil rakyatnya Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menurut beliau pihak pembangkang didapati mulai bergerak dikalangan penduduk dalam DUN Simanggang untuk meraih sokongan politik daripada mereka menjelang pilihan raya negeri kelak.

“Jangan percayakan segala janji yang mereka taburkan kepada anda selepas ini. Itu cuma janji kosong mereka untuk meraih sokongan politik demi menewaskan pihak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kelak.

“Saya berani jamin bahawa mereka akan ‘menghilang’ sebaik sahaja selesai pilihan raya negeri. Akibatnya penduduk yang percaya akan mengalami kerugian kerana mengundi mereka pada pilihan raya itu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Gunung Samak, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Harden juga menambah bahawa kemajuan yang dinikmati penduduk dalam DUN Simanggang pada masa sekarang adalah disebabkan oleh sokongan padu mereka terhadap BN sebelum ini.

“Semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan telah memperuntukan berbilion ringgit bagi tujuan pembangunan di Sarawak. Oleh itu penduduk di kawasan DUN Simanggang harus memastikan BN menang di sini jika mahu terus menikmati pembangunan berkenaan,” katanya.

Beliau pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Gunung Samak, Batu Lintang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment