Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2010

Sri Aman Auto Mobile lancar Proton Inspira




Caption: TERBARU...Maxwell (kiri) ketika memperagakan model terbaru kenderaan keluaran Proton iaitu Inspira pada majlis pelancarannya hari ini.


SRI AMAN, Rabu (10 Nov) – Orang ramai dari sekitar Bandar Sri Aman kini berpeluang untuk menyaksikan model kenderaan keluaran terbaru syarikat Proton iaitu Inspira bertempat di premis perniagaan Sri Aman Automobile Sdn Bhd mulai sekarang.

Pengarah Jualan Sri Aman Automobile Sdn Bhd, Maxwell Lee Teck Koon ketika ditemui pada majlis pelancaran kenderaan terbabit hari ini memberitahu Proton Inspira menawarkan banyak ciri menarik dari segi pemanduan, rekabentuk dalaman dan aksesori kepada pengguna kenderaan dalam bandar ini.

“Dari segi teknologi, Proton Inspira menawarkan penggunaan gear lebih canggih iaitu sistem gear CVT (Continuously Variable Transmission) yang membolehkan transaksi gear automatik dilakukan dengan lancar, senyap dan berkesan,” menurut beliau.

Selain itu kenderaan terbaru keluaran Proton ini menurut beliau juga turut menawarkan kemudahan Dual SRS Airbags, Reserve Sensor Alerts, Solar And Security Tinted Film, ABS dan EBD System serta Pre-tensioners / Force Limiters Seatbelt.

“Orang ramai yang berminat untuk membeli kenderaan Proton Inspira ini boleh mendapatkan model kenderaan terbabit dalam empat bentuk warna iaitu Plum Red, Tranquility Black, Solid White dan Genetic Silver.

“Ia dijual dengan harga RM82,000 untuk model Executive Proton Inspira 1.8 MT (Manual Transaction), RM86,000 untuk model Executive Proton Inspira 1.8 CVT dan RM96,000 untuk model Premium Proton Inspira 2.0 CVT,” jelas beliau.

Justeru mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ciri menarik model kenderaan terbaru Proton Inspira ini boleh datang sendiri ke premis Sri Aman Automobile Sdn Bhd mulai sekarang.

“Pihak kita kini sudah pun menerima dua tempahan untuk model Proton Inspira semenjak ia dilancar hari ini. Mereka yang mahu menempah kenderaan ini perlu membayar sejulah RM1,000 bagi tujuan berkenaan selepas ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa syarikat Sri Aman Automobile Sdn Bhd juga sedang memperkenalkan model kenderaan Proton Saga Special Edition yang menampilkan ciri-ciri lebih unik berbanding model sebelumnya buat masa sekarang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment