Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2010

Sokong Gelombang Kedua Politik Pembangunan - Rayong


Caption: UNTUKMU....Dr Rayong (empat kiri) ketika menerima cenderamata berupa baju ‘songket’ daripada Tr Bak (tiga kiri) pada majlis itu sambil disaksikan oleh Nyalau (tiga kanan).


ENGKILILI, Rabu (3 Nov) – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili boleh membangun dengan pesat selepas ini jika rakyat terus menyokong Gelombang Kedua Politik Pembangunan yang diilhamkan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Wakil rakyatnya, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata Gelombang Kedua Politik Pembangunan mampu membuahkan hasil pembangunan terhadap rakyat Engkilili selagi mereka terus bersatu-padu dan menyokong kuat Barisan Nasional (BN) dari masa ke semasa.

“Gelombang Kedua Politik Pembangunan tidak akan sampai terhadap rakyat DUN Engkilili sekiranya mereka gagal bersatu-padu dan sering bertelagah mengenai kepetingan politik masing-masing.

“Justeru sayugia diingatkan bahawa kemajuan dalam kawasan DUN Engkilili mampu dicapai jika mereka saling bekerjasama antara satu sama yang lain bagi menjayakan perlaksanaan Gelombang Kedua Politik Pembangunan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program 1Malaysia Bersama Pemimpin anuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian N.28 Engkilili.di Rumah Bak, Sebeliau dalam daerah Kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu pergolakan yang wujud dikalangan rakyat berbilang kaum menurut Rayong secara tidak langsung boleh mengundang kepada keadaan situasi politik yang tidak stabil dalam negeri ini.

Malah keadaan seumpama ini katanya sekaligus boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan ekonomi negeri yang seterusnya boleh memberi impak terhadap proses naiktaraf hidup rakyat.

“Prestasi pembangunan ekonomi negeri juga bergantung penuh kepada tahap kemasukan pelabur asing. Namun keyakinan mereka untuk melabur di sini tidak akan wujud jika negeri kita sentiasa bergolak disebabkan oleh kelemahan perpaduan rakyat,” katanya.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Bak, Sebeliau dan biro wanitanya.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak. Hadir sama ialah Pegawai Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Bidol Nuing dan ketua kaum di sini.

Tamat....

No comments:

Post a Comment