Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 November, 2010

SK Nanga Klassen bakal ada jambatan baru akhir November ini



Caption:

1. KEMUDAHAN BARU...Murid bersama bapanya kelihatan melintasi jambatan baru SK Nanga Klassen yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan November.

2. BARU GANTI LAMA...Jambatan baru SK Nanga Klassen yang baru (kiri) bakal mengantikan jambatan gantung lama sekolah berkenaan selepas bulan November kelak.

Fact n Pic by Desmond Douglass Jerukan

Timbalan Residen Sri Aman

SRI AMAN, Sabtu (13 Nov) – Pembinaan jambatan baru sepanjang 80 meter yang menghubungkan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen ke kawasan seberang sungai sekolah terbabit dijangka bakal siap sepenuhnya pada penghujung bulan November ini.

Pembinaan jambatan baru bernilai RM200,000 ini sekaligus bakal menamatkan masalah penghubungan yang pernah menyebabkan sekolah terbabit ditutup gara-gara peningkatan paras air sungai Nanga Klassen sehingga menenggalamkan jambatan lamanya akibat banjir pada bulan Ogos lepas.

Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglass Jerukan ketika ditemui memberitahu pembinaan jambatan baru ini terangkum di dalam tiga fasa projek naiktaraf kemudahan SK Nanga Klassen.

Dua dari tiga fasa projek ini katanya ialah pembinaan jalan kampung bernilai RM200,000 sepanjang 200 meter dari jalan utama hingga hujung jambatan baru berkenaan dan pembinaan jambatan termasuk safety railing dan dua pier di tengah sungai bernilai RM200,000,” katanya.

“Pihak kata dalam perancangan akan datang (bawah fasa projek) akan membina jalan masuk menuju ke sekolah terbabit setelah jambatan baru ini siap bagi membolehkan kenderaan keluar masuk ke SK Nanga Klassen selepas itu,” katanya.

Selain itu katanya jambatan baru menuju ke SK Nanga Klassen kini dianggap siap tetapi perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Daerah Kerajaan pada hujung bulan November ini.

Malahan katanya struktur jambatan baru yang kukuh ini juga membolehkan pihak JKR Sri Aman membina saluran paip air untuk membekalkan bekalan air bersih untuk kegunaan SK Nanga Klassen selepas itu.

“Usaha pembinaan jambatan baru dan beberapa kemudahan lain adalah di atas inisiatif Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pejabat Pembangunan Negeri Jabatan Perdana Menteri dan Unit Perancangan Negeri.

“Ia turut mendapat kerjasama daripada pejabat Residen Sri Aman, Pejabat Daerah Sri Aman, JKR Sri Aman, pihak sekolah dan penduduk Nanga Klassen. Usaha membina kemudahan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kerjasama semua pihak,” katanya.

Terdahulu seramai 120 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman diarah pulang apabila paras air Sungai Nanga Klassen kian meningkat ekoran hujan lebat tanpa henti yang melanda kawasan Sri Aman bermula lewat petang pada 19 Ogos lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment