Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 November, 2010

SK Kem Pakit Sri Aman anjur Program PASCA UPSR 2010




Caption: UNTUK KENANGAN...Jaleha (belakang lima kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para guru dan murid SK Kem Pakit di Kompleks DUN Sarawak, Kuching pada sesi program tersebut.

SRI AMAN, Jumaat (5 Nov) – Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit dengan kerjasama 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Pakit Sri Aman telah mengadakan Program Pasca Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 di beberapa buah tempat dalam negeri ini.

Program yang berlangsung selama sebulan itu memperlihatkan pihak penganjur menekankan tiga aspek penting antaranya ialah aktiviti rekreasi, Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) serta lawatan.

“Untuk aspek rekreasi, pihak kita telah membawa kesemua 32 orang murid SK Kem Pakit yang baru saja menduduki UPSR tahun ini untuk terlibat dalam aktiviti pembuatan kraftangan serta permainan sukan.

“Penekanan terhadap aspek ICT juga diberi apabila kesemua mereka turut melibatkan diri dalam sesi pembelajaran perisian Mircrosoft Word dan Excel disamping mempratikkan penggunaan internet,” menurut penyelaras program, Jaleha Johari.

Sementara itu aspek lawatan pula menurut beliau memperlihatkan kunjungan para murid ke Balai Bomba dan Penyelamat, Stesen Radio Televisyen Malaysia dan Balai Polis di Bandar Sri Aman.

Malahan para murid SK Kem Pakit yang turut disertai oleh 11 orang guru ini juga berpeluang mengadakan kunjungan ke Planetarium, Kampung Budaya dan Taman Orkid di Kuching.

“Kesemua murid juga berpeluang untuk berkunjung ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk menyaksikan pembentangan isu oleh wakil rakyat di sana menerusi Program Pasca UPSR 2010 ini.

“Ia satu program yang menarik kerana ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada para murid tentang pengalaman baru mengenai kerjaya hidup individu di negara ini,” menurut beliau yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kem Pakit.

Justeru beliau merakamkan penghargaannya terhadap usaha pihak 13 RAMD dalam mejayakan Program Pasca UPSR 2010 terbabit dan berharap agar ia dapat diadakan semula pada tahun akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment