Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 November, 2010

Simoi sumbang 8 ekor lembu korban


Caption: TURUN PADANG...Simoi (tengah) bersama Kanselor Mas Shamsiah (kiri) dan penduduk yang lain ketika membantu menjayakan kerja memotong daging lembu korban pada program itu.


SRI AMAN, Sabtu (20 Nov) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri telah menderma sebanyak lapan ekor lembu bagi tujuan korban sempena Perayaan Hari Raya Aidiladha di sini baru-baru ini.

Daripada jumlah lembu berkenaan, dua ekor telah diderma kepada penduduk Kampung Hulu Sri Aman, dua ekor untuk penduduk Kampung Hilir, seekor untuk penduduk Stumbin, seekor untuk penduduk Meludam dan seekor lagi untuk penduduk Kampung Muhibbah.

Kesemua lapan ekor lembu berkenaan telah dikorbankan oleh penduduk dari enam buah kampung terbabit sebelum dagingnya diagihkan kepada penduduk muslim yang merayakan sambutan Aidiladha berkenaan.

Beliau juga turut berkesempatan untuk meninjau proses penyembelihan lembu korban berkenaan dan seterusnya bersama-sama mereka dalam menetak dan mengagihkan daging lembu korban berkenaan.

Simoi ketika ditemui memberitahu adalah merupakan kewajipan beliau untuk menderma lembu korban bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga selama ini.

“Justeru saya sebagai wakil rakyat di sini berharap agar kesemua penduduk muslim dari enam buah kawasan terbabit dapat memanfaatkan sepenuhnya daging lembu korban yang diagihkan kepada mereka sebelum ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment