Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2010

SIDS anjur Program Motivasi Keibubapaan di Putat


Caption: UNTUK ALBUM...(Duduk dari kiri ke kanan) Roselyn, Thomas, Charlie Dundang, Dusit dan Tr. Edward ketika merakamkan gambar kenangan bersama AJK SIDS pada program berkenaan.


SRI AMAN, Selasa (9 Nov) – Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi Keibubapaan di Rumah Edwaed Tadin di Kampung Putat, Sri Aman kelmarin.

Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas ketika ditemui memberitahu program ini bertujuan untuk menyedarkan tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak di rumah dari masa ke semasa.

“Sikap dan perilaku ibubapa sentiasa menjadi ikutan dan panduan golongan anak-anak ketika mereka sedang melalui proses tumbesaran di luar mahupun di dalam rumah untuk sepanjang masa.

“Justeru ibubapa harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak ketika membesarkan mereka. Dengan berbuat demikian anak-anak akan membesar dengan peribadi sempurna dari segi mentaliti di masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program berkenaan.

Roselyn juga menambah bahawa ibubapa perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang terkini agar anak-anak dapat dididiki dengan sempurna di rumah mahupun di sekolah.


Terdahulu sejumlah tiga orang penceramah telah diundang khas bagi menyampaikan taklimat kepada 300 orang penduduk yang hadir pada Program Ceramah Motivasi Keibubapaan berkenaan.

Mereka ialah Presiden Sarawak Dayak Graduate Assosiation (SDGA) merangkap Pegawai Publisiti Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak, Dr Dusit Jaul, Penyampai Radio dari Bahagian Perkhidmatan Iban WAi FM RTM Kuching, Thomas Tegong Laka dan Dr Charlie Dundang dari MayBank Kuching.

Tamat.

No comments:

Post a Comment