Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2010

Sibu juara belapan MSS Sarawak




Caption:

1. PENGHARGAAN...Vivien (kiri) ketika menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Daud (kanan) pada majlis penangguhan berkenaan.

2. SIMBOLIK...Daud (kiri) menyerahkan bendera kejohanan kepada Zainuddin ketika berlangsung kejohanan balapan di Betong.

Saleman Senin

- 9 Nov

Kontinjen Sibu muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Pembangunan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Negeri Sarawak yang telah diadakan di Betong baru-baru ini.

Pasukan yang juga menjadi johan bagi semua kategori Balapan 10 Tahun Kebawah, 11 Tahun Kebawah dan 13 Tahun Kebawah berkenaan muncul juara keseluruhan setelah memperoleh sejumlah 227 mata pada kejohanan berkenaan.

Manakala itu kontinjen Kuching pula memperoleh kedudukan naib juara keseluruhan setelah mengumpul sejumlah 220 mata manakala kedudukan tempat ke-3 keseluruhan pula disandang oleh kontinjen Miri yang memperoleh sejumlah 195 mata menerusi kejohanan terbabit.

Kejohanan kali ini turut menyaksikan beberapa rekod kejohanan dipecah oleh para peserta antaranya ialah Acara Lontar Peluru Perempuan 10 Tahun Kebawah oleh Grace Wong Xiu Mei dari Sarikei yang telah membuat lontaran sejauh 13.89 meter berbanding rekod lama kejohanan iaitu 11.08 meter.

Manakala itu kategori 10 Tahun Kebawah Lelaki menyaksikan Roger anak Rambai dari Kuching memecahkan rekod lama acara lompat jauh iaitu dari 4.28 meter hingga 4.37 meter dan bagi acara lari 60 meter iaitu dari 8.35 saat kepada 8.1 saat.

Then Yi Chian dari Kuching pula dinobatkan sebagai peserta terbaik kategori 11 Tahun Kebawah Perempuan setelah memecahkan rekod acara lompat tinggi dalam kejohanan berkenaan iaitu daripada 1.37meter kepada 1.38meter.

Sementara itu Remar Manuel dari Miri berjaya mencatat rekod baru acara pecut 70 meter dengan catatan masa 11.63 saat berbanding 11.2saat bagi kategori 11 Tahun Kebawah Lelaki manakala Norris Foo dari Sibu berjaya memecahkan rekod larian 200 meter dengan mencatat 27.2 saat berbanding rekod lama iaitu 27.4 saat bagi kategori 13 Tahun Kebawah Perempuan.

Akhir sekali Willy Ampi daripada Bintulu berjaya memperbaharui rekod larian 200 meter berpagar setelah mencatat masa 27.7 saat berbanding catatan masa lama iaitu 27.9 saat disamping turut memecahkan rekod catatan masa 100 meter Lari Berpagar iaitu dari 13.7 saat kepada 13.5 saat.

Terdahulu Pegawai Pelajaran Daerah Saratok, Daud bin Mohammad telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Pembangunan Balapan dan Padang MSS Negeri Sarawak anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan seramai 670 orang peserta antara usia 10, 11 dan 13 tahun kebawah dari 11 bahagian dalam negeri ini berentap untuk merebut kejuaraan pada kejohanan terbabit.

Hadir sama ialah ialah Penolong Pengarah Unit Sukan Jabatan Pelajaran Sarawak Zainudin bin Hj Awang,. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Vivien Mujah, Pengetua SMK Saratok, Alexander J.Rimok dan Pengetua SMK Ulu Layar iiatu Robin Sabai.

Tamat.

No comments:

Post a Comment