Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 November, 2010

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Betong meriah


Caption:

1. PENGHARGAAN....Haji Taha(kiri) menyampaikan cenderamata kepada Abang Udai (Kanan) bersempena dengan program berkenaan malam tadi.

2. LAPAR...Para peserta Program Kembara Takbir menjamu selera selepas selesai majlis berkenaan di Masjid Jamek Betong.

Saleman Senin

BETONG, Rabu (17 Nov) – Sambutan Hari Raya Aidiladha tampak penuh bermakna di Betong apabila Panitia Pendidikan Islam SK Abang Abdul Kadir Betong menganjurkan Program Kembara Takbir sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2010 malam tadi.

Program yang berlangsung di Masjid Jamek Betong dari jam 8 hingga 10.30 malam itu telah melibatkan kehadiran seramai 80 orang murid Tahun 4 hingga 6 SK Abang Abdul Kadir Betong dan 25 orang pemimpin Takbir dari kalangan guru dan penduduk di sini.

“Kita menerusi program ini telah mengadakan aktiviti ziarah dan bertakbir beramai-ramai terhadap 60 buah rumah penduduk di Betong antaranya ialah dari Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir dan beberapa buah rumah dalam kawasan perumahan di sini.

“Kita yakin sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha dapat memperkukuhkan perpaduan ummah dikalangan umat Islam di sini menerusi program yang turut mendapat kerjasama daripada Pengurusan Masjid Jamek Betong dan Guru Kelas Fardu Ain serta Kifayah (KAFA) dari sekolah ini,” kata jurucakap penganjur.

Sementara itu Guru Besar SK Abang Abdul Kadir Betong, Abang Udai bin Abang Achang berkata akan meneruskan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang berdasarkan kepada sambutan mengalakkan penduduk terhadap program berkenaan.

“Kita amat kagum dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terhadap penyertaan penduduk kampung yang telah bekerjasama bagi meneruskan segala aktiviti yang telah dirancang.

“Kita yakin faktor peredaran zaman yang kian berubah, konsep dan amalan umat Islam ketika merayakan sambutan perayaan hari raya tidak akan lupus dengan adanya pendedahan berterusan semasa ke semasa selepas ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Imam Masjid Jamek Betong, Abang Dalhan bin Abang Yaman, Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua Kampung Hilir Betong Segara bin Dukari, Pengerusi Pengurusan Masjid Jamek Betong Kon Spawi bin Yahu para imam surau dan penduduk kampung di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment