Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2010

Rmh Wilson Bana, Poh Ai lancar Kelab Kebajikan dan Rekreasi pada 13 November ini

SRI AMAN, Rabu (3 Nov) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Wilson Bana, Poh Ai, Dau, akan mengadakan Majlis Makan Malam Mengisi Tabung JKKK bertempat di Dewan Suarah Sri Aman pada 13 November ini nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Elvis Dindit memberitahu majlis yang bermula pada jam 7 malam itu turut menyaksikan pelancaran Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Poh Ai, Dau yang membabitkan semua ahli dalam seluruh negara.

“Objektif utamanya ialah untuk mencari dana bagi membina rumah panjang baru Poh Ai, dana untuk melaksanakan aktiviti kelab dan juga memperkembangkan tahap akademik penduduk Poh Ai dari masa ke semasa.

“Demi menjayakan majlis ini pihak kita telah pun menjemput Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing bagi merasmikan kedua-dua majlis yang diadakan serentak pada malam itu,” katanya yang juga Presiden Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Poh Ai, Dau.

Selain itu bagi memeriahkan majlis pihaknya juga bakal mengadakan persembahan fesyen oleh syarikat Butik Conteng yang berpengkalan di Petaling Jaya, Selangor, persembahan nyanyian oleh artis rakaman iaitu Ricky Andrewson Ngalai dan Winnie Albert serta cabutan tiket bertuah untuk para hadirin.

Justeru Elvis berharap agar penduduk yang telah menempah meja bagi tujuan itu untuk datang dengan hati yang terbuka ketika berlangsungnya Majlis Makan Malam Mengisi Tabung JKKK itu kelak.

“Majlis ini amat berbeza dengan majlis yang lain. Cabutan tiket bertuah misalannya dijual berasingan (RM2 sekeping) kepada hadirin dan bukannya dikepil bersama dengan tiket tempahan meja,” katanya sambil menambah sejumlah 76 buah meja telah disediakan bagi tujuan tempahan untuk majlis terbabit.

Antara wakil rakyat yang telah mengesahkan kehadiran mereka dalam majlis ini katanya ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa dan Senator Dorris Brodhi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment