Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2010

Rahman juara single, Massa juara bergu Pertandingan Tertutup Dart OIala Rose Cafe


Caption: TAHNIAH…Jessy (kanan) menyampaikan hadiah berupa piala dan wang kepada Shukor (kiri) sambil disaksikan oleh Tuah (dua kiri) dan Johnny (dua kanan) sebaik sahaja tamat pertandingan tersebut.


SRI AMAN, Jumaat (12 Nov) – Rahman telah dinobatkan sebagai juara Kategori Perseorangan Pertandingan Dart Tertutup Trophy Rose Café 2010 yang berlangsung di Restoran Rose Café, Sri Aman malam tadi.

Rahman muncul juara setelah berjaya menumpaskan Tuah Moot menerusi dua set kemenangan berturut-turut iaitu 2 – 0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di restoran berkenaan.

Dengan kemenangan ini Rahman dan Tuah masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan piala kejuaraan serta piala naib juara bagi Pertandingan Dart Tertutup Trophy Rose Café 2010.

Sementara itu pasukan Massa yang dianggotai oleh Shukor dan Tuah muncul juara Kategori Bergu Pertandingan Dart Tertutup Trophy Rose Café 2010 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di situ juga malam tadi.

Massa muncul juara kategori bergu setelah berjaya menundukkan saingan pasukan Fourty Top yang dianggotai oleh Oden Saidi dan Rahman menerusi kemenangan set 2 - 1 pada perlawanan itu.

Terdahulu kategori perseorangan pertandingan ini menyaksikan Oden Saidi, Rahman, Tuah Moot, Wan Razak Wan Tahir dan Johnny Sibat diletakkan dalam saingan kumpulan A manakala Radin, Gerunsai, Cavery Anthony, Matasan Jenal dan Rizaudy Jainie diletakkan dalam saingan Kumpulan B.

Kategori Bergu pula menyaksikan pasangan pasukan MASSA, MDSA 1, MDSA 2, dan O Yooh diletakkan dalam saingan Kumpulan A manakala pasukan Fonty Top, Gaban 2, JTS Darters B dan JTS Darters A diletakkan dalam saingan Kumpulan B.

Perlawanan saingan separuh akhir menyaksikan Rahman menyingkir Rizaudyn Jainie untuk mara ke peringkat akhir manakala Tuah Moot pula menyingkirkan Matassan Jenal untuk mara ke peringkat yang sama.

Pasukan Massa pula menewaskan pasukan Gaban 2 yang dianggotai oleh Azlan dan Ismail pada saingan separuh akhir perlawanan untuk mara ke peringkat akhir manakala Fourty Top pula menewaskan pasukan O Yooh yang dianggotai oleh Hasrol dan Philip.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemilik Bersama Restoran Rose Café iaitu Jessy dan Ketua Kampung Masjid, Abang Noren Abang Naruddin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment