Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 November, 2010

Prosboc dan Redline anjur konvoi lawat empat bandar di Sarawak


Caption: UNTUK ALBUM...Nizam (kanan sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta di Pekan Kabong pada aktiviti konvoi berkenaan baru-baru ini.

Gordon Maeng

SRI AMAN, Rabu (17 Nov) – Seramai 20 peserta menerusi lapan buah kenderaan kereta telah mengambil bahagian dalam Program Persahabatan Erat Komuniti BLM Bersama Prosboc di sini baru-baru ini.

Program anjuran kelab Permotoran dari Sri Aman iaitu Prosboc dan Redline Turner sambil diketuai oleh Mohd Nizam Zainuddin ini membabitkan aktiviti konvoi Jelajah Bandar ke Bandar Sri Aman, Betong, Saratok dan Kabong.

Nizam ketika ditemui memberitahu Program Persahabatan Erat Komuniti BLM Bersama Prosboc anjuran Prosboc dan Redline Turnert ini mendapat tajaan daripada Ah Phok dari syarikat Gawai, Engkilili dan Chai Seng Filling Station, Saratok.

“Prosboc atau Proton Saga BLM Owner Club selaku kelab dan duta rasmi jenama kenderaan Proton telah menganjurkan konvoi berkenaan bagi mengeratkan hubungan tali silaturahim antara ahli kita dengan ahli kelab Redlined Turner.

“Kita yakin konvoi seumpama ini akan dapat mempromosi kelab Prosboc dan Redlined Turner dikalangan penduduk dan sekaligus menarik penyertaan masing-masing dalam kedua-dua kelab ini pada masa akan datang,” menurut beliau.

Justeru sesiapa yang berminat untuk menyertai Persahabatan Erat Komuniti BLM boleh menghubungi beliau sendiri di talian telefon 019-3978187 dan Kennedy Siu di talian 019-8557829 atau menghantar mail ke mail elektronik ke PROSBOCSA@gmail.com.

Terdahulu ahli konvoi dari kedua-dua kelab berkesempatan untuk berkunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Bahagian Betong, Pantai Tanjung Kembang, Kabong dan lain-lain lokasi selain dari aktiviti pendaftaran peserta di Dataran Panorama Benak, Sri Aman.

Tamat.

1 comment:

  1. Semoga Komuniti PROSBOC Akan Bertambah Erat Di Sri aman

    ReplyDelete