Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2010

Prestasi UPSR 2010 Sri Aman dan Lubok Antu meningkat


Caption: UNTUK ALBUM...Calon murid SK Saint Luke yang memperoleh keputsan 5A dalam UPSR bergambar kenangan sebaik sahaja pengumuman keputusan dibuat kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (12 Nov) – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau UPSR bagi tahun 2010 menyaksikan Daerah Sri Aman mengalami peningkatan dari segi jumlah lulus keseluruhan sebanyak 53.65 peratus.

Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman memberitahu ia merupakan peningkatan berbanding dari segi jumlah lulus keseluruhan untuk UPSR tahun 2009 iaitu 48.76 peratus.

“Jumlah lulus keseluruhan ini dinilai selagi calon menguasai sekurang-kurangnya gred C bagi semua matapelajaran UPSR.

“Peningkatan jumlah lulus keseluruhan bagi UPSR tahun ini menunjukkan petanda yang baik dari segi penguasaan murid-murid di Sri Aman dalam matapelajaran UPSR berbanding tahun lepas,” katanya

Kenyataan terbabit turut menambah bahawa Daerah Lubok Antu turut mengalami peningkatan apabila jumlah lulus keseluruhan bagi UPSR tahun 2010 meningkat kepada 57.2 peratus berbanding 48.8 peratus untuk keputusan tahun lepas.

Sementara itu sejumlah 49 orang calon telah memperoleh keputusan 5A manakala tiga orang lagi memperoleh 7A bagi UPSR tahun ini berbanding 41 orang calon yang memperoleh 5A dan lima orang calon yang memperoleh 7A pada tahun lepas.

“Lima buah sekolah dalam Bahagian Sri Aman telah mencatat 100 peratus kelulusan penuh bagi UPSR tahun ini antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku (Lingga), SK Keranggas Gayau (Pantu), SK Sebangki (Lubok Antu, SK Saint Paul (Banting) dan SK Dunstan (Pantu).

“Untuk keputusan tahun lepas, lima buah sekolah yang mencatat 100 peratus kelulusan penuh ialah SK Sembayang, SK Jaong, SK Keranggas Gayau, SK Empelam dan SK Temudok Kem,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment