Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

Pesara kerajaan tolong jangan lawan BN - Mong


Caption: TERIMA KASIH...Mong (kiri) menerima cenderahati berupa penyumpit daripada TR Wilson (kanan) sambil disaksikan oleh (dari kiri sekali) Dorris, Masir, Dr James, Nyalau dan Elvis pada majlis berkenaan.


SRI AMAN, Isnin (15 Nov) – Terdapat golongan pesara kerajaan yang bertindak menyertai haluan politik kiri sehingga menjurus kepada perpecahan perpaduan rakyat dalam kawasan masing-masing sebelum ini.

Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang berkata golongan pesara berkenaan bertindak menghasut rakyat di kawasannya untuk membenci kerajaan yang diteraju oleh Barisan Nasional (BN) demi kepentingan politik mereka selepas itu.

“Tindakan ini salah kerana golongan berkenaan seharusnya membantu kerajaan untuk menyatupadukan rakyat terutama sekali dari penempatan rumah panjang di bawah pentadbiran kerajaan BN.

“Pesara kerajaan mesti bertindak demikian agar usaha naiktaraf hidup rakyat di kawasan mereka dapat dilaksanakan oleh kerajaan menerusi sokongan padu mereka terhadap BN selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Mengisi Tabung JKKK Rumah Wilson Bana, Poh-Ai Dau dan Pelancaran Kelab PoWeRS di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Selain itu kata Mong tindakan golongan pesara dalam menyertai politik berhaluan kiri demi meraih sokongan dari rakyat sememangnya sesuatu perkara yang amat dikesali oleh kerajaan.

“Mereka sepatutnya membalas budi kerajaan dengan membantu BN menyebar dasar pembangunan kepada rakyat di kawasan penempatan masing-masing dari masa ke semasa,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Dewan Negara, Senator Dorris Brodhi, Pengerusi Kelab PoWeRS, Elvis Dindit dan Pengerusi JKKK Poh-Ai Dau, Wilson Bana Kamah.

Masing menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada JKKK Wilson Bana dan RM5,000 kepada Kelab PoWeRS bagi tahun 2011.

Turut mengumumkan peruntukan pada majlis itu ialah Mong (RM7,000 untuk JKKK), Masir (RM5,000 untuk Kelab PoWeRS), Nyalau (RM2,000 kepada Kelab PoWeRS) dan Dorris (RM3,000).

Tamat.

No comments:

Post a Comment