Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2010

Pertandingan Dart Tertutup di Rose Cafe bermula 9 - 12 Nov









Caption: SEDIA BERENTAP!!! Tuah (duduk kiri sekali) bersama Rose (duduk dua kanan) dan Jessy (duduk dua kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta dan kakitangan restoran berkenaan sebelum bermulanya pertandingan terbabit.


SRI AMAN, Rabu (10 Nov) – Kelab Dart Sri Aman telah menganjurkan Pertandingan Dart Tertutup Piala Rose Cafe 2010 bermula malam tadi (9 November) hingga 12 November kelak bertempat di Restoran Rose Cafe, Sri Aman.

Pengerusinya, Tuah bin Moot ketika ditemui memberitahu pertandingan anjuran bersama dengan pihak Rose Cafe ini menyaksikan penglibatan seramai 10 orang peserta untuk Kategori Perseorangan dan lapan kumpulan bagi Kategori Bergu.

“Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengalakkan penglibatan lebih ramai penduduk dalam sukan Dart disamping mencungkil bakat mereka dalam sukan terbabit selepas ini.

“Saya yakin sukan dart mampu muncul sebagai sukan popular sekiranya ia terus diperkenalkan dikalangan penduduk dalam Bandar Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Johan dan naib johan bagi Pertandingan Dart Tertutup Piala Rose Cafe 2010 bagi kedua-dua kategori ini kata Tuah akan membawa pulang hadiah berupa piala kejohanan dan juga wang tunai untuk peserta.

Terdahulu Kategori Perseorangan Pertandingan Dart Tertutup Piala Rose Cafe 2010 menyaksikan Oden Saidi, Rahman, Tuah Moot, Wan Razak Wan Tahir dan Johnny Sibat diletakkan dalam saingan kumpulan A manakala Radin, Gerunsai, Cavery Anthony, Matasan Jenal dan Rizaudy Jainie diletakkan dalam saingan Kumpulan B.

Sementara itu Kategori Bergu menyaksikan pasangan pasukan MASSA, MDSA 1, MDSA 2, dan O Yooh diletakkan dalam saingan Kumpulan A manakala pasukan Fonty Top, Gaban 2, JTS Darters B dan JTS Darters A diletakkan dalam saingan Kumpulan B.

Perlawanan akhir bagi Pertandingan Dart Tertutup Piala Rose Cafe 2010 yang dilaksana secara sistem liga ini dijangka akan bermula pada malam 12 November bertempat di Restoran Rose Cafe itu kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment