Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 November, 2010

Penduduk Rumah Snap, Sabak Asal sahut seruan kerajaan bersih sungai


Caption: KOMITED...Penduduk Rumah Snap, Sabar Asal ketika membersihkan kawasan sungai menerusi aktiviti gotong-royong kelmarin.

DEBAK, Jumaat (5 Nov) – Seramai 38 orang penduduk Rumah Snap Ujak, Sabar Asal, Debak, Betong telah menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai dikawasan rumah panjang mereka kelmarin.

Tuai Rumah Snap ketika ditemui memberitahu program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan kempen memelihara kebersihan sungai di kawasan masing-masing.

“Pihak kami menerusi aktiviti ini bertindak membersihkan kawasan sepanjang tepi sungai, membuang sampah sarap dan juga menebas belukar yang tumbuh di kawasan sungai berkenaan.

“Ia penting agar sistem saliran sungai tidak tersekat disamping mengelak dari berlakunya pencemaran terhadap ekosistem sungai itu sendiri,” katanya sambil menambah manfaat kebersihan sungai itu kelak akan dinikmati oleh semua penduduk Sabar Asal selepas ini.

Selain itu Snap juga kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mendorong semua penduduk Rumah Panjang Sabar Asal untuk terus bersatu memajukan kawasan masing-masing selama ini.

Tuai rumah wanita itu turut memberitahu kerajaan BN sememangnya tidak pernah meminggirkan kehidupan penduduk kawasan luar bandar terutama sekali penduduk rumah panjang beliau.

“Kami gembira terhadap pembangunan yang telah kerajaan BN salurkan kepada kami selama ini. Justeru kami berharap agar BN meneruskan prestasi kerja yang cemerlang selepas ini,” katanya.

Terdahulu aktiviti ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Pengairan dan Saliran Bahagian Betong yang menyalurkan peruntukan sebanyak RM 3,000 bagi menjayakan program tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment