Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

Penduduk Beletik nikmati jambatan gantung baru





Caption: RASMI...Harden (kiri) sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian jambatan gantung baru Beletik sambil disaksikan oleh Tr Sanggong (tengah) dan bakal Tuai Rumah Beletik, Kenedy Mengong (kanan) pada majlis itu.


SRI AMAN, Ahad (14 Nov) – Pembinaan jambatan gantung baru di Beletik nyata memberi nafas baru terhadap 330 orang penduduk dalam kawasan berkenaan selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Jambatan gantung baru sepanjang 150 meter ini menurut beliau telah menelan kos sebanyak RM200,000 dan mula dibina oleh kerajaan dari bulan Februari sehingga ia siap pada bulan Mei lepas.

“Ini merupakan tindakbalas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan masalah hidup penduduk terutama sekali dari Rumah Sanggong Meringgai yang menggunakan jambatan gantung sebagai jalan perhubungan utama mereka selama ini.

“Justeru saya berharap agar pembinaan jambatan gantung yang baru bagi mengantikan yang telah uzur sebelum ini dapat menaiktaraf pembangunan hidup penduduk dari segi ekonomi dan sosial selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Gantung Baru bertempat di kawasan Beletik hari ini.

Selain itu Harden juga berharap agar penduduk tidak mendengar sebarang isu yang cuba diwar-warkan oleh pihak pembangkang demi meraih sokongan politik dari mereka menjelang pilihan raya negeri kelak.

“Pihak pembangkang akan cuba mengekploitasi minda penduduk demi kepentingan politik mereka menjelang pilihan raya kelak. Oleh itu saya nasihatkan penduduk untuk menolak segala dakwaan yang mereka katakan mengenai BN selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment