Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 November, 2010

Pembangunan akan berjaya jika terus sokong BN - Nyalau


Caption: ADAT...(dari kiri ke kanan) Dorris, Nyalau, Rayong dan Jack ketika berlangsungnya upacara miring di rumah panjang berkenaan.


ENGKILILI, Isnin (22 Nov) – Pembangunan pesat Sarawak khasnya dalam kawasan luar bandar hanya dapat dicapai sekiranya rakyat terus menyokong padu kerajaan Barisan Nasional (BN) dari masa ke semasa.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak ketika berkata demikian berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JASA Bahagian Sri Aman P203 Lubok Antu dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Sri Aman di Rumah Lidom, Sungai Paya Ulu Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Katanya kerajaan BN mempunyai prestasi cemerlang dalam menaiktaraf hidup rakyat di negeri ini dan ia mampu dicapai dengan adanya peruntukan besar dari pihak kerajaan pusat untuk tujuan pembangunan.

“Kejayaan BN terletak di tangan rakyat yang menyokong mereka. Semakin kuat rakyat menyokong BN maka semakin unggul projek pembangunan yang kerajaan laksanakan untuk mereka selepas itu,” menurut beliau.

Selain itu Nyalau juga menasihatkan rakyat Lubok Antu untuk terus bermuafakat sekiranya mahu menikmati faedah pembangunan secara berterusan daripada kerajaan BN selepas ini.

Katanya rakyat di kawasan Lubok Antu harus berhenti bertelagah di antara satu sama yang lain agar projek pembangunan dapat dilaksana dengan lebih lancar di kawasan mereka dari masa ke semasa.

Terdahulu beliau pada majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada JKKK Lidom, Sg Paya, Ulu Skrang.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Senator Doris Spohia Brodie, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Pembantu Penerangan Daerah Lubok Antu, Dennis Tandat.

Tamat...

No comments:

Post a Comment