Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 November, 2010

Pelajar perlu berusaha capai standart piawaian global, Harden



Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama murid dan tetamu jemputan khas sebaik sahaja tamat majlis berkenaan pada hari Sabtu lepas.


SRI AMAN, Isnin (8 Nov) – Golongan pelajar mesti berusaha untuk mencapai tahap akademik yang cemerlang bagi memenuhi standart piawaian global mulai sekarang demikian menurut nasihat Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya usaha untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang oleh golongan pelajar era ini adalah adalah penting agar mereka mampu bersaing serta ‘duduk sama tinggi’ dalam komuniti global masing-masing pada masa akan datang.

“Pendidikan merupakan asas utama pembangunan dan kegemilangan sesebuah negara. Era ini persaingan hidup memerlukan setiap warganegara untuk memiliki tahap akademik yang tinggi demi menepati piawaian global dari masa ke semasa.

“Untuk itu, kerajaan telah merangka pelbagai program bagi menyediakan asas yang kukuh dalam bidang pembangunan modal insan agar negara mampu melahirkan rakyat bertaraf dunia di masa akan datang,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Saint Luke 2010 di dean sekolah berkenaan pada hari Sabtu lepas.

Selain itu kerajaan menurut beliau juga telah menyalurkan peruntukan bernilai jutaan ringgit bagi memperhebatkan lagi usaha kelahiran golongan modal insan berminda kelas pertama.

“Lagipun peruntukan terbabit juga membolehkan Kementerian Pelajaran mengemaskini data disamping merangka pelbagai program demi mempertingkatkan prestasi akademik murid-murid di sekolah.

“Justeru saya menasihat ibubapa dan guru untuk saling bekerjasama bagi menjayakan misi kerajaan dalam menghasilkan golongan modal insan berminda kelas pertama selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Pengetua SMK Saint Luke, Mering Jock Eng, Yang Dipertua PIBG SMK Saint Luke, Nilla Bara dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Nelson Jinn.

Tamat.

No comments:

Post a Comment