Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 November, 2010

Pejabat Kesihatan Sri Aman anjur Hari Q


Caption: PENGHARGAAN...Dr Murnihayati (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Yong (kanan) sambil disaksikan oleh (dari kanan sekali) Dr Hayati, Lau dan Dr Roslina pada majlis itu.


SRI AMAN, Sabtu (6 Nov) – Kakitangan kesihatan dinasihat untuk terus menjaga kualiti khidmat masing-masing demi kebaikan penduduk di kawasan penempatan mereka selepas ini demikian menurut Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Kualiti) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Yong Yin Kiu.

Menurut beliau para pelanggan iaitu penduduk akan menilai kecekapan kakitangan pejabat kesihatan jika kesan kualiti perkhidmatan yang diberi oleh mereka setimpal dengan faedah yang mereka peroleh selepas itu.

“Paling penting ialah semua kakitangan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa mengenai dunia kesihatan agar mutu perkhidmatan mereka boleh dipertingkat dari masa ke semasa.

“Kita mahu para pelanggan sentiasa berpuashati terhadap kualiti perkhidmatan yang kita berikan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan penduduk Malaysia yang sihat dan berdaya maju di masa akan datang,” katanya.

Yong berkata demikian ketika berycap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kualiti Q Tahun 2010 anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman di bilik mesyuarat, Asrama Pelatih Jalan Sabu, Sri Aman baru-baru ini.

Terdahulu beliau telah menyampaikan sijil penghargaan persaraan dan juga sijil anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 10 orang pesara dan 54 orang kakitangan pejabat kesihatan / perubatan di Sri Aman pada majlis itu.

Hadir sama ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Murnihayati binti Ali, Pengarah Hospitak Bahagian Sri Aman, Dr Hajah Hayati binti Jaafar, Pegawai Pergigian Bahagian Sri Aman, Dr Roslina Mohd Fadzillah Mah dan Pegawai farmasai, Makmal Ubat dan Stor Bahagian Sri Aman, Lau Yik Hoe.

Tamat.

No comments:

Post a Comment