Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

Murid zaman sekarang lebih canggih dari zaman dulu - Nyalau



Caption: TERIMALAH...Nyalau (kanan) menyampaikan cek kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis itu. Turut kelihatan ialah Jack Aman (tiga kiri).

LUBOK ANTU, Ahad (14 Nov) – Generasi muda pada masa sekarang mempunyai banyak kelebihan dari segi kemudahan pendidikan yang telah kerajaan sediakan untuk mereka berbanding golongan generasi lama dahulu.

Justeru Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak mahu generasi muda pada masa sekarang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang kerajaan berikan kepada mereka mulai sekarang.

“Anda dapat lihat bahawa terlalu banyak kemudahan pendidikan yang telah kerajaan berikan kepada golongan generasi muda pada masa sekarang termasuk Netbook (laptop) 1Malaysia, kebajikan pendidikan murid, bantuan kewangan dan banyak lagi.

“Ini bantuan yang belum pernah dinikmati oleh generasi pendidikan zaman dahulu. Untuk itu adalah amat penting bagi generasi muda pada zaman sekarang menggunakan kemudahan pendidikan terkini sebaik mungkin daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Maljis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2010 di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lemanak dalam dearah Lubok Antu hari ini.

Selain itu Barisan Nasional (BN) kata Nyalau adalah merupakan salah sebuah kerajaan terbaik dunia yang mengutamakan keperluan pendidikan negara demi perancangan pembangunan masa hadapannya selama ini.

“Kerajaan yang diteraju BN berjaya mewujudkan tranformasi pembangunan yang lebih pesat pada masa sekarang disebabkan oleh kejayaannya dalam mencorak sistem pendidikan negara semenjak dari dulu,” katanya.

Nyalau memperuntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Persatuan IbuBapa dan Guru SK Ulu Lemanak dan turut menyampaikan cek MRP berjumlah RM10,000 kepada JKKK Tr Reji, Uyau, Ulu Lemanak.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Guru Besar SK Ulu Lemanak, Buang bin Aris dan ketua kaum di sini.

Tamat...

No comments:

Post a Comment