Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2010

Mesyuarat Pembinaan Bahan Bahasa Pengajaran Bahasa Iban di Sri Aman 9 - 12 Nov


Caption: UNTUK ALBUM...Padang (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan guru yang terlibat dalam mesyuarat berkenaan hari ini.


SRI AMAN, Rabu (10 Nov) – Usaha bagi menjayakan pengajaran subjek Bahasa Iban dalam sistem pendidikan negara diteruskan menerusi Mesyuarat Pembinaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Iban Tahun 1 Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) bermula hari ini hingga 12 November kelak.

Mesyuarat yang berlangsung di sebuah hotel tempatan dalam Bandar Sri Aman ini adalah merupakan anjuran Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pegawai Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, Padang anak Luna ketika ditemui memberitahu mesyuarat berkenaan melibatkan seramai 30 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah dari negeri ini.

“Mesyuarat kali ini melibatkan usaha mengemaskini dan melicinkan segala data aktiviti bagi tujuan penghasilan buku aktiviti murid dan Buku Panduan Guru (BPG) matapelajaran Bahasa Iban Tahun 1 sesuai dengan kehendak KSSR.

“Pihak kami menerusi mesyuarat ini juga turut melakukan kerja menambah kandungan buku aktiviti murid dan BPG bagi menyokong tujuan pembelajaran matapelajaran Bahasa Iban Tahun 1 mulai tahun hadapan,” katanya.

Bagi menjayakan mesyuarat ini, para guru sekolah rendah menurut Padang telah melakukan kerja membuat buku aktiviti murid dan BPG Tahun 1 manakala guru sekolah menengah pula melakukan kerja penghasilan modul karangan Bahasa Iban bagi Tingkatan 1 hingga 3.

Justeru beliau berharap agar kerja ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun ini memadangkan buku teks bagi matapelajaran Bahasa Iban belum lagi dapat disiapkan pada tahun 2011 kelak.

“Kursus Pendedahan Jurulatih Utama Bahasa Iban KSSR Tahun 1 Bagi Perlaksanaan 2011 akan diadakan di Hotel Merriot, Kuching bermula 22 hingga 25 November kelak bagi memperhebatkan lagi usaha ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment