Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 November, 2010

Mapang cabar Edwin Dundang bertanding di Engkilili


Mugshot: MAPANG MAGAL


ENGKILILI, Sabtu (6 Nov) – Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu Edwin Dundang anak Bugak dicabar untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili pada pilihan raya negeri ini nanti.

Seorang ahli Parti Rakyat Sarawak ((PRS) cawangan Engkilili, Sarjan (bersara) Mapang anak Magal ketika ditemui menyatakan respon ini berhubung kenyataan Dundang di sebuah akhbar tempatan hari ini yang bertindak mahu ‘mengajar’ ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa pada pilihan raya negeri kelak.

Dundang menerusi kenyataan akhbarnya hari ini berkata SNAP akan meletakkan calon untuk merebut kerusi DUN Engkilili daripada penyandangnya iaitu Rayong yang telah memenangi kerusi berkenaan dengan menggunakan tiket SNAP pada pilihan raya negeri tahun 2006 lepas.

“Beliau (Dundang) telah bertindak membenarkan Rayong menggunakan lambang SNAP untuk bertanding di kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri tahun 2006 dahulu menentang calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) iaitu Johnatan Krai Pilo.

“Bagaimanapun Rayong menang di sini kerana rakyat mengundi beliau sendiri dan bukannya lambang SNAP (yang dikibarkan oleh beliau ketika itu). Justeru dari bertindak menghantar calon maka adalah lebih baik jika Dundang sendiri yang bertanding di DUN Engkilili menentang Rayong pada pilihan raya kelak,” katanya.

Bekas ejen pilihan raya negeri 2006 bagi kawasan Engkilili itu juga mendakwa bahawa Toh Heng San tidak membawa sebarang perubahan dari segi pembangunan terutama sekali di kawasan Ili Engkilili ketika menjadi wakil rakyat di situ dari tahun 1991 hingga 2006 dahulu.

Toh kata Mapang berjaya mempertahankan kerusi SUPP di Engkilili selama empat penggal sebelum ini memandangkan rakyat pada ketika itu menyokong Barisan Nasional (BN).

“Bezanya sekarang ialah rakyat di sini menyokong calon anak jati kawasan mereka iaitu Rayong kerana ‘orang luar’ tidak akan memahami masalah kebajikan hidup rakyat di Engkilili berbanding beliau.

“Oleh itu tindakan Pengerusi BN Negeri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden SUPP iaitu Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam untuk menerima kemasukan Rayong dalam BN adalah satu tindakan yang wajar,” katanya.

Beliau juga ‘mengalu-alukan’ hasrat Toh Heng San, yang bertindak keluar dari SUPP baru-baru ini untuk bertanding menentang ‘musuhnya’ iaitu Rayong di Engkilili pada pilihan raya negeri ini kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment