Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 November, 2010

Makcik kena tipu budak, barang kemas kena cekup

PERHATIAN: BERITA INI BUKAN UNTUK DISIARKAN DALAM AKHBAR. HANYA SEKADAR BACAAN RAKAN-RAKAN SAJA

Laporan oleh Makcik Tukang Sapu Sampah di Sri Aman. Keaslian sumber tidak pasti.

Seorang wanita dari sebuah taman perumahan (Tiara menurut sumber) dalam bandar Sri Aman telah ditipu oleh sekumpulan lelaki menerusi sebuah kejadian yang didakwa berlaku pada minggu lepas.

Sumber memberitahu kejadian bermula apabila seorang lelaki datang ke rumah seorang wanita pertengahan umur di taman perumahan berkenaan dan seterusnya memberitahu dirinya adalah saudara kepada wanita terbabit.

“Lelaki itu mendakwa dirinya sebagai cucu kepada wanita terbabit. Pengakuan ini menyebabkan wanita terbabit berasa kehairanan kerana dia tidak pernah mengenali lelaki tersebut sebelum itu.

“Setelah itu saspek bertanya mengenai si ‘datuk’nya kepada wanita terbabit. Mangsa memberitahu saspek bahawa ‘datuk’nya berada di pasar dan diajak oleh lelaki terbabit untuk mencarinya selepas itu,” menurut sumber.

Saspek bersama tiga orang laki rakannya dalam kenderaan mengajak wanita tersebut ke kawasan bandar untuk mencari ‘datuk’nya dengan menggunakan sebuah kenderaan milik saspek itu sendiri.

Bagaimanapun si mangsa mula berasa hairan apabila keempat-empat lelaki berkenaan sering mengelak untuk singgah di mana-mana lokasi dalam bandar Sri Aman untuk mencari si ‘datuk’ terbabit.

“Akhirnya keempat-empat lelaki terbabit meminta si mangsa untuk menjadi penjamin pinjaman wang berlesen. Mangsa juga diperintah untuk menanggalkan semua barangan kemasnya sebelum ditinggalkan di kawasan simpang Bungkang, Jalan Sabu.

“Mangsa kemudiannya dilaporkan membuat laporan polis berhubung kes ini. Kejadian ini menunjukkan bahawa penjenayah masa sekarang mula licik untuk menipu penduduk dengan mengaku diri sebagai saudara mereka,” menurut sumber.


Tamat.

No comments:

Post a Comment