Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2010

Luar bandar boleh membangun selagi BN disokong rakyat kata Nyalau


Caption: TERIMALAH...Nyalau menerima cenderamata daripada Tr Bak sambil disaksikan oleh Rayong dan tetamu yang lain pada majlis berkenaan.


ENGKILILI, Sabtu (30 Okt) – Pembangunan akan dapat dilaksanakan dalam kawasan luar bandar sekiranya penduduk terus memberikan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dari masa ke semasa.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata demikian ketika berucap Program 1Malaysia Bersama Pemimpin anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian N.28 Engkilili di Rumah Bak, Sebeliau, Engkilili baru-baru ini.

Kata Nyalau ada sesetengah penduduk yang tinggal di luar bandar masih menjalani hidup mundur kerana sering menentang kerajaan BN ketika menjelang pilihan raya negeri atau parlimen selama ini.

“Akibatnya terdapat sebilangan penduduk luar bandar masih hidup mundur kerana mereka enggan menerima BN di kawasan masing-masing. Pembangunan tidak masuh ke kawasan mereka disebabkan oleh faktor ini.

“Oleh itu jika mereka menerima BN saya yakin kerajaan akan merancang dan melaksanakan pelbagai jenis pembangunan di kawasan penempatan mereka selepas ini,” menurut beliau.

Penduduk katanya juga tidak harus melemparkan kemarahan secara membuta-tuli terhadap kerajaan berhubung sesuatu isu dan seterusnya tidak menyokong BN pada pilihan raya selepas itu.

Mereka kata Nyalau seharusnya mengadakan perbincangan yang baik dan professional terhadap pihak BN agar kerajaan boleh mencari jalan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Terdahulu seramai 31 Tuai Rumah, tiga Penghulu dan 10 kaunselor hadir dalam majlis itu. Nyalau menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada JKKK Tr Bak, Sebilau pada majlis berkenaan.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk Biro Wanita Tr Bak bagi tahun 2011. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Engkilili, Dr Johnnical Rayong Nyipa, Pegawai JASA Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP Bidol anak Nuing.

Tamat...

No comments:

Post a Comment