Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2010

Lapan pelajar terima sijil graduasi MRSM Betong


Caption: TAHNIAH...Mahamood sedang menyampaikan sijil kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


BETONG, Sabtu (30 Okt) – Seramai lapan orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong menerima Anugerah Khas menerusi Majlis Graduasi Kali Pertama institusi berkenaan di sini hari ini.

Mereka adalah Wan Nifail Amni bin Wan Mahbi, Marta Tening Wan, Abdul Halim bin Abdul Rahman, Jackson Dari Ajut, Sandra anak Balentia Engkasan, Awang Mustakim Awang Liman, Radin Mardhiah Radin Abdul Rahman dan Siti Khafizah binti Khalid.

Martha, anak kelahiran Kampung Sebat Dayak, Sematan menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Akademik Cemerlang (Perempuan) setelah memperoleh keputusan cemerlang dengan PNG 3.64 hingga 4.00, berpontensi dalam bidang kepimpinan dan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang lain.

Wan Nifail Amni dari Spaoh, Betong pula meneria Anugerah Akademik Cemerlang (Lelaki) manakala Abdul Halim dari Limbang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kepimpinan (Lelaki).

Radin Mardhiah dari Sibu pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kepimpinan (Perempuan) dan Awang Mustakim dari Kampung Sebuan, Bintulu pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kebaktian (Lelaki).

Anak jati kelahiran Asajaya, Kuching iaitu Siti Khafizah pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kebaktian (Perempaun) dan Jackson Dari dari Song pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum (Lelaki).

Sementara itu Sandra anak Balentia dari Bekenu, Miri pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum (Perempuan) di atas pembabitan aktif beliau dalam bidang kokurikulum dan sukan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang telah menyempurnakan Majlis Graduasi Kali Pertama berkenaan yang berlangsung di Dewan Gemilang MRSM Betong.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pengetua MRSM Betong, Mahamood bin Mat Zain, para pegawai kerajaan dan kakitangan MRSM Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment