Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 November, 2010

Kumpulan Homestay Kampung Benuk juara Karnival Budaya di Negeri Sembilan




Caption:

1. SAAT MANIS...Kumpulan Homestay Kampung Benuk, Padawan meraikan kemenangan mereka yang sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000 pada pertandingan tersebut.

2. MENARIK... Homestay Kampung Benuk, Padawan ketika mempersembahkan Tarian Berejang Kaum Bidayuh pada pertandingan tersebut.

Abang Yuseri Ismail

SRI AMAN, Khamis (11 Nov) – Kumpulan Homestay Kampung Benuk, Padawan telah mengharumkan nama negeri Sarawak apabila muncul sebagai juara Karnival Budaya yang berlangsung di Homestay Pichitan, Negeri Sembilan bermula 5 hingga 7 November lepas.

Pegawai pengiring kumpulan berkenaan, Abang Yuseri Ismail menerusi mail elektroniknya memberitahu Pasukan Homestay Kampung Benuk, Padawan yang diketuai oleh Andrew Anem anak Miggang muncul juara setelah mempamerkan Tarian Berejang Kaum Bidayuh pada pertandingan itu.

“Saya bersama pegawai pengiring pasukan tarian dari Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sarawak iaitu Humphrey Robert Linggie melahirkan rasa bangga berhubung kejayaan membanggakan kumpulan ini dalam Karnival Budaya berkenaan.

“Justeru diharap agar kejayaan Kumpulan Homestay Kampung Benuk, Padawan dapat menaikkan lagi semangat mereka untuk memperoleh kedudukan juara dalam pertandingan budaya yang akan datang,” katanya.

Sementara itu kedudukan naib juara bagi Karnival Budaya ini telah disandang oleh kumpulan Homestay Kampung Pachitan, Negeri Sembilan (Komband) manakala kumpulan Homestay Kampung Temenin Baru, Johor (Gazal) pula memperoleh kedudukan ketiga dalam karnival berkenaan.

Dua lagi kumpulan yang memperoleh kedudukan tempat ke-4 dan ke-5 dalam Karnival Budaya ini ialah kumpulan Homestay Palegung, Negeri Sembilan (Caklempong dan Tarian) dan kumpulan Homestay Kampung Temenin Baru, Johor ( Zapin )

Terdahulu sejumlah lapan buah kumpulan berentap untuk merebut kejuaraan dalam Karnival Budaya berkenaan antaranya ialah dari Kedah, Johor, Pahang, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Karnival Budaya yang berkonsepkan pertandingan persembahan kebudayaan ini berlandaskan tema keunikan budaya 1Malaysia bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara bagi melihat keunikan pelbagai budaya di Malaysia.

Majlis perasmian dan penutupan Karnival Budaya yang berlangsung di Homestay Pichitan, Negeri Sembilan itu telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Dato Haji Ismail Bin Taib.

Tamat.

No comments:

Post a Comment