Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2010

Ketua Kaum tunjang kekuatan BN di luar bandar


Caption: PENGHARGAAN...Harden (kanan) menerima cenderahati berupa logo 1Malaysia daripada Tr Kuti (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

Pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Selasa (2 Nov) – Kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam kawasan luar bandar harus ditunjangi oleh barisan ketua kaum di setiap rumah panjang atau kampung menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata ini kerana ketua kaum seperti Tuai Rumah, Penghulu, Pemanca dan Kaunselor memainkan peranan penting dalam menyebarkan dasar pembangunan kerajaan dikalangan penduduk dari masa ke semasa.

“Ketua kaum mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk di bawah jagaan mereka. Dengan kata lain segala maklumat mengenai dasar pembangunan kerajaan boleh disalurkan terus kepada penduduk tanpa adanya kehadiran pihak ketiga.

“Saya yakin jika ketua kaum memainkan peranan dengan penuh efisien maka penduduk akan faham mengenai usaha pembangunan kerajaan untuk mereka dan terus memberikan sokongan padu terhadap BN selepas itu,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Kuti, Temiang Nunggang, Batu Lintang Undop, Sri Aman baru-baru ini.

Bagaimanapun kegagalan ketua kaum untuk berbuat demikian kata Harden akhirnya boleh menjejaskan sokongan penduduk luar bandar terhadap BN yang tidak faham mengenai dasar pembangunan kerajaan sebelum itu.

“Keadaan seperti ini akan dapat diekploitasi serta diputarbelitkan oleh pihak pembangkang. Ia seterusnya dapat menjejaskan kedudukan BN di kawasan luar bandar pada pilihan raya kelak.

“Justeru saya berharap agar ketua kaum dapat memainkan peranan mereka dengan lebih serius selepas ini. Kita mahu penduduk di kawasan luar bandar dapat menikmati kesenangan hidup hasil daripada projek pembangunan yang dilaksana oleh kerajaan selepas pilihan raya kelak,” menurut beliau.

Harden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Kuti, Temiang Nunggang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment