Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 November, 2010

Ketua kaum harus turun padang selesai kes sosial kata Simoi


Caption: PENGHARGAAN...Mazlan (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Simoi (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (19 noV) – Ketua Kaum perlu turun padang untuk menangani masalah gejala sosial dikalangan masyarakat pada masa sekarang demikian menurut seruan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Katanya penglibatan ketua kaum berhubung isu terbabit dapat mengurangkan kos pengurusan pihak penjara pusat dalam menerima kemasukan banduan yang disebabkan oleh gejala sosial selepas ini.

“Adalah amat bermakna jika duit pengurusan banduan berkenaan digunakan bagi tujuan yang lebih berfaedah. Justeru saya menyeru ketua kaum untuk turun padang bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kemasyarakatan Penghuni dan Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman Bersama Masyarakat bertempat di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Sri Aman hari ini.

Selain itu Simoi juga berharap agar peranan pihak penjara dalam melahirkan ‘insan baru’ dalam sesebuah komuniti masyarakat diketahui dengan lebih lanjut oleh orang ramai selepas ini.

“Banduan sebenarnya diberi didikan sempurna oleh pihak penjara disamping pelbagai latihan lain demi membolehkan golongan terbabit berdikari untuk menyara hidup diri masing-masing (selepas keluar penjara).

“Masyarakat perlu tahu peranan sebenar pihak penjara berhubung perkara ini mulai sekarang. Oleh itu saya berharap agar orang tidak memandang negatif terhadap fungsi penjara pusat dalam menguruskan banduan di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, PKP Mazlan Md Yusof, Timbalannya TPP Achon anak Taching, Pegawai JAS Sri Aman, Ustaz Syukri, Temenggung Haji Bujang Mohammad, Pegawai JASA Lingga, Sulaiman Amut, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim, wakil jabatan kerajaan dan penduduk di sini.

Simoi bersama tetamu jemputan khas yang lain kemudiannya menyempurnakan aktiviti gotong-royong mengecat Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Sri Aman pada penghujung program berkenaan.

Tamat

No comments:

Post a Comment