Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 November, 2010

Kerajaan tak mahu lahir 'ulat buku' kosong -Harden


Caption: TAHNIAH...Harden menyampaikan sijil kepada seorang murid sambil disaksikan oleh (dari kiri sekali) Kiew, Snowdan, Masir dan Chai pada majlis itu.


PANTU, Rabu (17 Nov) – Kerajaan tidak mahu melahirkan golongan ‘ulat buku’ yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata pada masa akan datang demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya kerajaan mahu melahirkan golongan ulat buku yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual disamping mempunyai disiplin, bersikap patriotik, berketrampilan serta mampu memainkan peranan dalam masyarakat.

“Faktor ini amat penting dalam melahirkan golongan modal insan berkualiti tinggi dan mampu menyumbang ke arah pembangunan sebuah negara yang lengkap dari segi segala aspek.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Ke-54 2010 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Pantu di sini kelmarin.

Sementara itu beliau turut melahirkan rasa tidakpuashatinya terhadap penurunan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SJK Chung Hua Pantu semenjak tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“SJK Chung Hua Pantu mencatatkan keputusan 35.14 peratus kelulusan bagi UPSR 2008, 26.32 peratus kelulusan bagi keputusan UPSR 2009 dan 9.14 peratus kelulusan bagi keputusan UPSR 2010.

“Jika dinilai, keputusan UPSR ini menunjukkan bahawa pencapaian prestasi SJK Chung Hua Pantu amat menurun. Justeru saya mahu ibubapa murid di kawasan Pantu untuk turun padang membantu pihak SJK Chung Hua Pantu bagi menaikkan semula peratus berkenaan bagi UPSR tahun 2011 kelak,”” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan, Guru Besar SJK Chung Hua Pantu, Chai Koh Tien dan Yang Dipertua PIBG SJK Chung Hua Pantu, Kiew Tian Sze.

Harden pada majlis itu mengumumkan peruntukan bagi tahun 2011 bernilai RM10,000 kepada SJK Chung Hua Pantu. Snowdan juga mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 (2010) untuk PIBG dan RM10,000 (2011) untuk menaiktaraf kemudahan sekolah manakala Masir mengumumkan peruntukan RM5,000.

Tamat.

No comments:

Post a Comment