Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 November, 2010

Kerajaan rugi kalau murid tak mahu hadir kelas tambahan


Caption: TAHNIAH...Nyalau (dua kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar sambil diperhatikan Jack (tiga kanan) Leslie (kanan sekali) pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Jumaat (19 Nov) – Keengganan para pelajar untuk menghadiri kelas tambahan di sekolah jelas merugikan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Katanya kerajaan BN telah menambah sejumlah peruntukan kewangan yang besar bagi membolehkan para guru mengadakan kelas tambahan di sekolah terhadap golongan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama pada setiap tahun.

“Kerajaan komited untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar dengan memperuntukan sejumlah besar wang bagi menjayakan sesi kelas tambahan di setiap sekolah dalam negara ini.

“Bagaimanapun jika pelajar enggan memanfaatkan kelas tambahan ini maka ia secara tidak langsung telah merugikan kerajaan,” menurut beliau ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Cermerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu di Dewan Sri Kelingkang baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga menasihatkan ibubapa untuk sentiasa memberi perangsang dan motivasi terhadap anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting di sekolah selepas ini.

Tindakan serius ibubapa dalam isu ini kata beliau secara tidak langsung akan mempertingkatkan lagi prestasi akademik anak-anak menerusi peperiksaan yang mereka di sekolah pada masa akan datang.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis itu mengumumkan pemberian wang insentif sebanyak RM50 kepada pelajar yang mendapat satu (A) dan RM1,000 kepada pelajar yang mendapat keseluruhan A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

Beliau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Lubok Antu. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman anak Luat, Pengetua SMK Lubok Antu, Leslie Tawan, warga pendidik dan ketua kaum di sini.

Tamat….

No comments:

Post a Comment