Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2010

Kerajaan BN tak pilih kasih - Harden


Caption: RASMI...Harden (tengah) sambil diapit oleh Max (kanan beliau) dan tetamu yang lain sebelum bermulanya upacara meniup lilin atas kek ulangtahun pada majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (4 Nov) – Kerajaan tidak pilih kasih dalam melaksanakan projek pembangunan di kawasan penempatan penduduk dalam negeri ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Contohnya kata beliau dapat penduduk saksikan menerusi projek pembangunan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang yang sedang giat dilaksana oleh kerajaan pada masa sekarang.

“Kerja naiktaraf jalan raya, pembinaan bangunan komersial dan pusat pelancongan sedang giat dilaksana dalam kawasan bandar begitu juga dengan projek penyediaan bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih dan jalan raya di kawasan luar bandar

“Projek yang menelan kos jutaan ringgit itu membuktikan bahawa kawasan bandar dan luar bandar di DUN Simanggang sama-sama membangun,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam JKKK sempena Ulangtahun Ke-10 Penubuhan Kampung Belimbing di sebuah restoran tempatan dalam bandar Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu projek pembangunan yang sedang giat dilaksana oleh kerajaan di kawasan DUN Simanggang menurut Harden secara tidak langsung menepis fitnah pihak pembangkang berhubung isu terbabit sebelum ini.

Pihak pembangkang kata beliau akan mengekploitasi segala isu untuk meraih sokongan penduduk terhadap mereka bagi kepentingan politik masing-masing terutama sekali ketika menjelang pilihan raya.

“Justeru adalah amat penting bagi semua penduduk untuk sedar dan memahami bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memberikan kesenangan hidup terhadap mereka selepas ini,” katanya.

Harden pada majlis itu mengumumkan peruntukan projek kecil Luar Bandar Bernilai RM3,000 kepada JKKK Taman Belimbing dan RM3,000 kepada Biro Wanita JKKK berkenaan.

Hadir sama ialah DSP (Bersara) Nelson Jinn, Pengerusi JKKK Taman Belimbing, Maxwell Kimcai Mual dan para ahli JKKK di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment