Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 November, 2010

Kanak-kanak TBK Kampung Nanas A lawat JKR dan Balai Bomba di Simunjan


Caption: UNTUK ALBUM...Rombongan kanak-kanak TBK Kemas Kampung Nenas bergambar kenangan bersama penyelia dan ibubapa masing-masing ketika berlangsungnya lawatan berkenaan.


SIMUNJAN, Sabtu (13 Nov) - Murid dan kakitangan Taman Bimbingan Kanak-Kanak Kemas Kampung Nanas A, Simunjan telah melakukan lawatan sambil belajar ke Loji Perawatan Air Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Balai Bomba dan Penyelamat di Simunjan kelmarin.

Rombongan lawatan yang terdiri daripada 23 orang kanak-kanak telah diketuai oleh penyelianya Fatimah binti Jolly sambil diiringi oleh Pengerusi Tetap, TBK Kemas Kampung Nanas A, Hamlet bin Jolly, para ibubapa dan penjaga masing-masing.

Fatimah ketika ditemui memberitahu aktiviti lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kepentingan sesebuah jabatan dalam memberi perkhidmatan terhadap orang ramai.

“Sebagai contoh kanak-kanak TBK telah didedahkan mengenai pengetahuan tentang proses perawatan air mentah untuk ditukarkan kepada air bersih oleh kakitangan Loji Perawatan Air JKR Simunjan.

“Sementara itu kanak-kanak turut didedahkan dengan tugas dan peralatan ahli bomba seperti yang diterangkan oleh pegawainya, Jafar Omar ketika lawatan mereka ke Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan selepas itu,” katanya.

Justeru beliau berharap agar lawatan berkenaan dapat mewujudkan minat dikalangan kanak-kanak dalam menetapkan matlamat kerjaya masing-masing apabila mereka sudah besar kelak.

Terdahulu rombongan kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak Kemas Kampung Nanas A turut dibawa untuk meninjau bahagian kerja JKR Simunjan dan pejabat balai Bomba Simunjan sebelum dibawa melawat kawasan Pekan Simunjan dengan menggunakan kenderaan bomba.

Tamat.

No comments:

Post a Comment