Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

JKKK perlu contohi penubuhan kelab rekreasi Poh Ai - Masing




Caption:

1. UNTUK ALBUM...Masing (duduk tengah) bersama (bermula dua dari kiri), Nyalau, Mong, Elvis, Tr Wilson Bana, Masir dan Dorris ketika bergambar kenangan bersama jawatankuasa kelab PoWeRS malam tadi.

2. PENGHARGAAN...Elvis (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Masing (kiri) sambil disaksikan (dari kiri sekali) Dorris, Masir, Mong, Nyalau dan Tr Wilson ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN, Ahad (14 Nov) – Penubuhan Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Poh-Ai aatu PoWeRS perlu dicontohi oleh semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam negeri ini khasnya di Sri Aman.

Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing berkata penubuhan kelab seperti PoWeRS boleh menjana buah pemikiran terbaru dikalangan penduduk sesebuah penempatan itu sendiri yang seterusnya menyumbang ke arah pembangunan hidup mereka di masa akan datang.

“Ini kali pertama saya mendengar sesebuah rumah panjang menubuhkan kelab seumpama ini (PoWeRS) di kawasan Sri Aman yang bertujuan khas untuk membantu kebajikan hidup para ahlinya.

“PoWeRS boleh menjadi pusat penjana fikiran dikalangan ahli. Justeru adalah amat penting bagi lain-lain JKKK untuk mencontohi tindakan Rumah Wilson Bana, Poh-Ai Dau dalam menubuhkan kelab mereka sendiri selepas ini,” menurut beliau.

Masing berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Mengisi Tabung JKKK Rumah Wilson Bana, Poh-Ai Dau dan Pelancaran Kelab PoWeRS di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Bagaimanapun beliau menerusi ucapannya berharap agar PoWeRS tidak disalahgunakan bagi tujuan politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat di kawasan Sri Aman di masa akan datang.

“Justeru kehadiran individu berhaluan politik kiri perlu diawasi oleh mana-mana ahli kelab kerana kita bimbang mereka akan menjadikan PoWeRS sebagai platform untuk tujuan menjauhkan rakyat dari Barisan Nasional (BN) selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Dewan Negara, Senator Dorris Brodhi, Pengerusi Kelab PoWeRS merangkap Timbalan Residen Limbang, Elvis Dindit dan Pengerusi JKKK Poh-Ai Dau, Wilson Bana Kamah.

Masing menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada JKKK Wilson Bana dan RM5,000 kepada Kelab PoWeRS bagi tahun 2011.

Turut mengumumkan peruntukan pada majlis itu ialah Mong (RM7,000 untuk JKKK), Masir (RM5,000 untuk Kelab PoWeRS), Nyalau (RM2,000 kepada Kelab PoWeRS) dan Dorris (RM3,000).

Terdahulu Kelab PoWeRS yang mula ditubuh pada 1 Jun tahun ini mengandungi seramai 500 orang ahli dari kawasan Semenanjung Malaysia dan beberapa wilayah dalam negeri ini.

Majlis berkenaan turut diserikan lagi dengan upacara persembahan nyanyian lagu dengan menggunakan kugiran SDNU Sri Aman, persembahan fesyen oleh syarikat Butik Conteng milik John Paris, cabutan tiket bertuah dan sambutan harijadi terhadap Sopia Brodi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment