Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 November, 2010

Isu pendidikan anak-anak : yang lebih mencabar itu ialah ibubapa luar bandar - Snowdan


Caption: FOKUS...Harden (tengah) bersama dengan Snowdan (kanan) dan Masir (kiri) ketika hadir pada sesi majlis penyampaian sijil dan hadiah SJK Chung Hua Pantu baru-baru ini.

PANTU, Khamis (18 Nov) – Ibubapa dari kawasan luar bandar sebenarnya menghadapi cabaran lebih berat berbanding ibubapa dalam kawasan bandar ketika memberi didikan terhadap anak-anak di rumah kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan.

Ini kerana murid dari kawasan luar bandar katanya tidak mempunyai pusat tusyen (kelas tambahan) berbanding murid kawasan bandar yang mempunyai kemudahan seumpama itu berdekatan dengan penempatan mereka selama ini.

“Dengan erti kata lain, ibubapa dari kawasan luar bandar tidak mempunyai pilihan selain dari menjadi ‘guru’ kepada anak-anak mereka ketika berada di rumah disebabkan ketiadaan kemudahan terbabit,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Ke-54 2010 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Pantu di sini pada hari Selasa lepas.

Selain itu katanya kejayaan murid-murid dalam mencapai keputusan akademik yang cemerlang bergantung sepenuhnya kepada peranan ibubapa, guru sekolah dan guru besar sekolah itu sendiri.

“Ibubapa berperanan sebagai pendidik anak-anak di rumah manakala guru pula bertanggungjawab mendidik mereka di kelas. Akhir sekali ialah guru besar selaku pentadbir yang memantau dan mengurus sesi pembelajaran murid di sekolahnya sendiri.

“Tiga faktor ini jika mampu bekerjasama dengan baik akan dapat melahirkan golongan murid yang cemerlang dari segi pencapaian akademik. Justeru saya berharap agar pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dapat mempertimbangkan perkara terbabit selepas ini,” katanya.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis. Hadir sama ialah Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Guru Besar SJK Chung Hua Pantu, Chai Koh Tien dan Yang Dipertua PIBG SJK Chung Hua Pantu, Kiew Tian Sze.

Tamat.

No comments:

Post a Comment