Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 November, 2010

Gereja Saint Stephen Pantu anjur Majlis Pra Krismas


Caption: TAHNIAH...Philip (kiri) menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah iaitu Victoria Ambon (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.


PANTU, Isnin (22 Nov) – Gereja Saint Stephen Pantu telah mengadakan Majlis Merarau sempena Sambutan Perayaan Pra Krismas 2010 dan Hari Saint Stephen bertempat di dewan mini gereja berkenaan kelmarin.

Majlis Merarau sempena Sambutan Perayaan Pra Krismas 2010 dan Hari Saint Stephen ini telah dirasmikan oleh Paderi Menguasa Gereja Saint Stephen Pantu 2010 iaitu Reverend Father Philip Mang.

Beliau ketika ditemui pada majlis itu memberitahu bahawa ia diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan dikalangan para penganut agama Kristian Anglican dalam kawasan Pantu.

“Lagipun majlis diadakan untuk menyambut kedatangan sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember kelak disamping mengingati hari Saint Stephen dikalangan penganut Kristian di sini,” katanya.

Terdahulu Majlis Merarau sempena Sambutan Perayaan Pra Krismas 2010 dan Hari Saint Stephen telah diserikan lagi penganjuran aktiviti cabutan tiket bertuah dan persembahan nyanyian lagu karaoke bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Dianggar seramai 180 orang penduduk dari kawasan Pantu hadir bagi memeriahkan Majlis Merarau sempena Sambutan Perayaan Pra Krismas 2010 dan Hari Saint Stephen di gereja berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment