Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

Cats FM 99.3 Megahertz - Sri Aman sudah boleh dengar





Caption: UNTUK ALBUM...Para DJ stesen Cats FM bergambar kenangan ketika ditemui Utusan Sarawak pada promosi berkenaan.


SRI AMAN, Ahad (14 Nov)– Siaran radio stesen Cats FM sudah boleh didengari oleh penduduk di kawasan daerah Sri Aman, Betong dan Lubok Antu menerusi frekuansi 99.3 Megahertz semenjak bulan Ogos lepas.

Untuk itu pihak Cats FM menerusi tajaan syarikat Perodua dan Vico telah melakukan promosi terhadap siaran rangkaian radio berkenaan bermula dari waktu pagi hingga lewat petang kelmarin di Bandar Sri Aman.

Promosi yang melibatkan pemberian barangan berupa hadiah kepada penduduk ini dilakukan oleh pasukan Cats FM Perodua Rangers di kawasan Pasar Tamu, Taman Tebingan Sungai Batang Lupar, Tamanm Panorama Benak dan beberapa kawasan lain dalam bandar ini.

Pasukan ini disertai oleh lima orang juruhebah popular stesen radio berkenaan iaitu DJ Maxwell (Maxwell Franklin Saran), DJ Fuza (Mohd Fadzli Daud), DJ Wayne (Mohd Redzuan Sapuan, DJ Bicu (Bakthiar Haji Gulshid Khan) dan DJ Auhs (Wan Mohd Firdaus).

Fuza ketika ditemui memberitahu promosi berkenaan dilakukan demi menarik minat para pendengar radio dari kawasan Sri Aman, Betong dan Lubok Antu untuk mendengar siaran radio stesen Cats FM selepas ini.

“Cats FM menerusi promosi berkenaan ingin mewujudkan saingan yang lebih sihat diantara stesen radio tempatan dengan menawarkan pelbagai saluran info dan muzik terhadap para pendengar.

“Kita yakin akan dapat menarik lebih ramai pendengar baru stesen Cats FM dengan adanya promosi seumpama ini,” menurut beliau sambil menambah bahawa pasukannya akan bergerak ke Mukah bagi tujuan yang sama selepas melakukan promosi berkenaan di Sibu dan Bintulu sebelum ini.

Justeru beliau berharap agar penduduk di kawasan Sri Aman, Betong dan Lubok Antu dapat menerima kehadiran saluran radio Cats FM menerusi frekuansi 99.3 Megahertz selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment