Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 November, 2010

Capai kemajuan negara menjelang Wawasan 2020- Nyalau


ENGKILILI, Rabu (17 Nov) – Matlamat kemajuan negara menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai sekiranya kerajaan gagal menghasilkan sumber tenaga kerja mahir dan profesional pada waktu itu kelak.

Oleh itu agenda pendidikan negara sentiasa menjadi keutamaan pihak Barisan Nasional (BN) dalam melahirkan golongan cerdik pandai dari masa ke semasa menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Lidong 2010 bertempat di sekolah berkenaan baru-baru ini.

“Agenda pendidikan sentiasa menjadi keutamaan BN memandangkan hala tuju pembangunan negara bergantung sepenuhnya kepada golongan cerdik pandai pada masa itu nanti.

“Ia mencakupi penduduk dari kawasan bandar dan luar bandar dalam negara ini dan usaha terbabit dapat dilihat menerusi penubuhan pra sekolah bagi anak-anak yang mahu melangkah masuk ke era pembelajaran tahun 1,” katanya.

Kerajaan kata Nyalau juga turut menyalur pelbagai jenis bantuan termasuk netbook 1Malaysia, bantuan kewangan murid dan banyak lagi demi menyokong usaha agenda terbabit.

Justeru penduduk terutama sekali dalam kawasan luar bandar tegas beliau tidak harus ketinggalan dari segi pendedahan ilmu demi menyokong matlamat kerajaan untuk menghasilkan golongan modal insan berkualiti dalam tempoh 10 tahun mulai sekarang.

Nyalau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada kepada PIBG SK Nanga Lidong. Hadir sama ialah ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba dan Guru Besar SK Nanga Lidong, Roland Magga Sanggat

Tamat....

No comments:

Post a Comment