Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2010

Bersama benteras Aedes


Caption:

MESRA...Dr Jeffery (kanan) sempat berseloroh dengan kakitangan beliau ketika berlangsungnya aktiviti gotong-royong di Pejabat Kesihatan Betong baru-baru ini.

Saleman Senin

BETONG, Jumaat (12 Nov) - Seramai 45 orang kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pejabat mereka di sini baru-baru ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kawasan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong.

“Program ini juga diadakan bagi menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengarahkan semua rakyat untuk untuk mengadakan gotong-royong bagi menghapuskan sarang pembiakan nyamuk.

“Dengan adanya usaha gotong-royong seumpama ini pihak kita berharap agar masalah penularan wabak Demam Denggi dan Chikungunya dapat dikurangkan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Pegawai Kesihatan Bahagian Betong iaitu Dr Jeffery Stephen ketika mengetuai sesi gotong-royong berkenaan mengingatkan para kakitangannya untuk mementingkan kebersihan serta mengamalkan cara hidup yang sihat dari masa ke semasa.

Tindakan ini menurut beliau adalah amat penting agar rakyat di kawasan Betong mencontohi amalan kakitangan Jabatan Kesihatan yang sering mengutamakan kebersihan dan kesihatan sepanjang masa.

“Amalan kebersihan tidak seharusnya dititikberatkan pada peringkat pejabat saja malah harus sentiasa dijadikan sebagai amalan pada setiap masa oleh semua pihak demi mengelak menularnya wabak penyakit dikalangan kita selepas ini.

“Lagipun keadaan persekitaran yang bersih mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif disamping memberi perangsang kepada kakitangan pejabat untuk bekerja lebih cemerlang selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment