Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 November, 2010

Beri kepercayaan kepada Taman Bimbingan Kanak-Kanak, Halimah



Caption: TAHNIAH...Norhalimah sedang menyampaikan sijil kepada kanak-kanak TBK pada majlis itu.


SIMUNJAN, Sabtu (13 Nov) – Ibubapa boleh memberi sepenuh kepercayaan terhadap perkembangan awal pendidikan anak-anak yang diasuh di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) dalam kawasan masing-masing mulai sekarang.

Setiausaha Majls Daerah Simunjan, Hajah Norhalimah binti Haji Hamni berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil / Hadiah TBK Kemas Zon Simunjan Ke-24 Tahun 2010 bertempat di Dewan Mesra, Simunjan baru-baru ini.

Menurut beliau TBK terdiri daripada para pengajar yang terlatih serta berpengalaman untuk memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak pada peringkat awal usia mereka.

“Anak-anak umpama mutiara yang sangat berharga. Justeru adalah amat penting untuk ibubapa memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan TBK di kawasan masing-masing mulai sekarang,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Tetap Jawatankuasa Penyampaian Sijil / Hadiah Zon Simunjan, Hamlet Jolly ketika berucap pada majlis itu menganggap TBK sebagai platform penting untuk anak-anak sebelum melangkah ke alam pembelajaran sekolah rendah.

Justeru beliau merayu agar para ibubapa untuk memberi kerjsama dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada tenaga pengajar ketika menghantar anak-anak mereka ke TBK KEMAS di masa akan datang.

Terdahulu seramai 69 orang kanak-anak dari empat buah TBK dalam kawasan Simunjan menerima sijil dan hadiah pada Majlis Penyampaian Sijil / Hadiah TBK Kemas Zon Simunjan Ke-24 Tahun 2010.

Hadir sama ialah Penyelia Pendidikan Prasekolah KEMAS Batang Sadong, Raudah binti Taim, para pegawai kanan kerajaan, ketua kaum dan ibubapa disini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment