Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 November, 2010

Berhenti salah guna duit KWAMP kata Nyalau


Caption: TAHNIAH...Nyalau menyampaikan insentif kepada penerima sambil disaksikan oleh Rayong (kanan beliau) bersama tetamu khas yang lain pada majlis itu.


ENGKILILI, Sabtu (20 Nov) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak melahirkan rasa kecewa berhubung tindakan segelintir ibubapa yang masih menyalahgunakan bantuan persekolahan anak-anak sebelum ini.

Bantuan persekolahan berupa yang disalurkan untuk anak-anak seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan e-kasih kata beliau disalahguna oleh ibubapa bagi lain-lain tujuan yang langsung tidak berkaitan dengan pembelajaran anak mereka.

“Saya sudah menerima laporan berhubung isu ini daripada lain-lain pihak yang mendakwa bahawa bantuan KWAP atau e-kasih yang diberi kepada murid telah diguna oleh ibubapa untuk tidak penting.

“Laporan seumpama ini sememangnya amat menyedihkan. Kerajaan memberi peruntukan KWAP untuk mempertingkat prestasi akademik murid-murid dan bukannya untuk kegunaan tidak berfaedah oleh ibubapa mereka,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Skrang 2010 bertempat di dewan sekolah berkenaan baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menekankan penguasaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dikalangan anak-anak mulai sekarang agar mereka boleh bersaing dalam bidang ekonomi di masa akan datang.

“Ada orang boleh berjaya hanya dengan menggunakan broadband dan komputer untuk meraih pendapatan sehingga mencecah ribuan ringgit pada masa sekarang. Maka itu murid mesti menguasai ICT untuk tujuan yang sama mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pegawai JASA Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, Guru Besar SK Kem Skrang, Harold Wilson anak Api dan Yang Dipertua PIBG SK Kem Skrang, Kanselor Wilson Allie anak Banyie.

Nyalau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk JKKK Skim Skrang manakala Rayong pula mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PIBG SK Kem Skrang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment