Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 November, 2010

Berhenti bincang isu politik radikal - Rayong


Caption: TAHNIAH...Rayong (tengah) menyampaikan anugerah Pelajar Cemerlang Kurikulum kepada Titirohani Kayan pada majlis itu sambil disaksikan oleh Pengetua SMK Engkilili Haji Mohamad Obey.


ENGKILILI, Sabtu (20 Nov) – Rakyat khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili perlu memberi lebih banyak tumpuan terhadap usaha membangunkan negeri dan bukannya berbincang mengenai isu politik secara radikal selepas ini.

ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil & Anugerah 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sri Aman di Dewan Tiang Laju di sini, baru-baru ini.

Katanya rakyat perlu memberi lebih fokus terhadap langkah untuk menjayakan segala projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa sekarang dan bukannya mengutuk kerajaan berhubung pelbagai isu selama in.

“Politik mendengki orang lain sebenarnya tidak mendatangkan faedah kepada diri kita sendiri kerana ia secara tidak langsung boleh memecahbelahkan perpaduan hidup rakyat di bawah teraju BN Sarawak.

“Rakyat sebaliknya boleh meluangkan masa mereka untuk menyebar dasar pembangunan BN dikalangan komuniti mereka sendiri kerana ini boleh membantu kerajaan untuk melicinkan lagi proses pembangunan dalam kawasan mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Selain itu Malaysia kata Rayong juga sedang pesat membangun sejajar dengan perkembangan kemudahan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang amat berkait rapat dengan bidang pentadbiran, ekonomi dan sosial pada masa sekarang.

“Kerajaan juga akan memastikan mutu pendidikan dalam negeri Sarawak terus meningkat di tahun akan datang sejajar dengan perkembangan teknologi moden berkenaan,” katanya.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Engkilili.

Tamat…..

No comments:

Post a Comment