Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2010

Belia penganggur digalak cebur bidang pertanian, Mong


Caption: PENGHARGAAN...Rigi (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mong (kiri) sambil disaksikan oleh Hossain (tengah) pada majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (2 Nov) – Golongan belia yang masih menganggur dinasihat untuk menceburi bidang keusahawan dalam pertanian moden demi peningkatan taraf hidup mereka selepas ini demikian menurut Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang.

Ini kerana terdapat golongan beliau belia berpelajaran tinggi yang masih berharap untuk mendapat pekerjaan bercorak professional seperti dalam bidang pentadbiran di jabatan kerajaan atau swasta sebaik sahaja tamat belajar.

“Ia menjurus kepada berlakunya masalah pengangguran dikalangan belia berpelajaran tinggi pada masa sekarang disebabkan oleh keinginan mereka untuk bekerja di jabatan kerajaan mahupun bahagian pentadbiran swasta.

“Sebenarnya para belia juga boleh menceburi bidang keusahawan pertanian moden seperti penanaman bunga Orkid, cendawan, buah-buahan dan banyak lagi selagi produk mereka mempunyai nilai pasaran yang tinggi di masa akan datang,” katanya.

Mong yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Melugu di Mini Stadium Lau Ngee Mung, SJK Chung Hua Simanggang pada malam Sabtu lepas.

Selain itu beliau juga mahu para belia untuk mempelbagaikan ilmu kemahiran dalam diri masing-masing dan bukannya hanya mensasarkan kepada pembelajaran ilmu pengetahuan (akademik) semata-mata.

“Yang saya maksudkan ialah para belia perlu ada ilmu akademik vokasional dalam diri masing-masing kerana dunia pasaran kerja pada masa akan datang tidak hanya bergantung kepada kepandaian akademik semata-mata,” menurut beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkenaan telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2011 bernilai RM7,000 kepada PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu pada majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Pengetua SMK Melugu, Haji Hossain Fauzi, Pengetua PIBG SMK Melugu, Rigi Gu dan para kakitangan SMK Melugu yang lain.

Majlis Makan Malam ini dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh kugiran JMG, cabutan tiket bertuah dan nyanyian lagu sponsor YB.

Tamat.

No comments:

Post a Comment